Search
Close this search box.


HEBAHAN URUSAN PERTIMBANGAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN SKIM PERKHIDMATAN SISTEM MAKLUMAT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/ Puan

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Jabatan Digital Negara akan melaksanakan urusan Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Pertama (TBK1) dan Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Kedua (TBK2) bagi kumpulan perkhidmatan seperti berikut:

 

i)

Juruteknik Komputer Gred FT19 ke Gred FT22;

ii)

Juruteknik Komputer Gred FT22 ke Gred FT26;

iii)

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29 ke Gred FA32; dan

iv)

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA32 ke Gred FA38.

3.       Sehubungan dengan itu, pihak urus setia memohon kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/ Puan untuk mengemukakan permohonan
pegawai-pegawai yang telah memenuhi syarat berikut
:

 

i)

Telah berkhidmat genap 13 tahun pada 30 Jun 2024 dan sebelum di gred lantikan atau di gred naik pangkat;

ii)

Layak dipertimbangkan berdasarkan syarat-syarat di Lampiran A; dan

iii)

Merujuk keputusan Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Kumpulan Pelaksana Jabatan Digital Negara Bilangan 1 Tahun 2024 bertarikh 12 Mac 2024 – Memastikan pegawai yang mempunyai isu tidak hadir bertugas tanpa kebenaran (THB) telah diambil tindakan sewajarnya.

  1.       Bagi memastikan urusan ini dilaksanakan dengan teratur, Jabatan ini telah menyediakan template seperti di Lampiran E berserta contoh pengisian untuk dilengkapkan oleh semua urus setia di kementerian/agensi. Lampiran E ini hendaklah diemelkan ke alamat naikpangkatf@digital.gov.mySila pastikan bahawa maklumat yang diisi telah disemak dan disahkan kerana sebarang kesilapan fakta boleh menyebabkan kesalahan ke atas pertimbangan serta perakuan oleh Lembaga.

  2.     Dokumen permohonan yang telah lengkap seperti di Lampiran B hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 1 Julai 2024 (Isnin) ke alamat yang disertakan. Kegagalan mematuhi tarikh yang ditetapkan boleh menyebabkan kelewatan dalam
    pertimbangan dan menjejaskan urusan perkhidmatan pegawai.

Ketua Pengarah

Jabatan Digital Negara

Bahagian Khidmat Pengurusan

Aras 6, Blok B

Bangunan MKN Embassy Techzone

No. 3200, Jalan Teknokrat 2

63000 CYBERJAYA

(u.p.: Urus Setia Naik Pangkat Skim Perkhidmatan
Sistem Maklumat)

 

6.       Sebarang pertanyaan berhubung urusan ini boleh diajukan melalui email naikpangkatf@digital.gov.my manakala hebahan dan borang-borang berkaitan boleh didapati melalui portal JDN di pautan https://www.jdn.gov.my. Perkara ini juga boleh menyebabkan kelewatan dalam pertimbangan dan menjejaskan urusan perkhidmatan pegawai.

 

 

Perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 


“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menjalankan amanah,

 

URUS SETIA NAIK PANGKAT SKIM PERKHIDMATAN SISTEM MAKLUMAT

Cawangan Sumber Manusia

Bahagian Khidmat Pengurusan

Jabatan Digital Negara

cAPAIAN DOKUMEN

Skip to content