Buletin Kerajaan Digital merupakan penerbitan yang diterbitkan oleh Jabatan Digital Negara (JDN) secara tahunan yang mengandungi kompilasi penulisan artikel berkaitan inisiatif, projek, hasil kerja penyelidikan dan inovasi baharu dalam bidang pendigitalan sektor awam. Penerbitan ini merupakan salah satu usaha JDN bagi memacu pendigitalan penyampaian perkhidmatan kerajaan dalam bentuk penulisan yang kreatif dan inovatif.
Sehubungan dengan itu, YBrs. Ts. Dr./Dr./Ts./Tuan/Puan adalah dijemput bagi menyumbangkan artikel untuk diterbitkan dalam Buletin Kerajaan Digital Tahun 2025.
Sumbangan artikel boleh dikemukakan ke alamat e-mel urus setia (rubaizah@jdn.gov.my atau farhadila@jdn.gov.my) sebelum tarikh akhir penyerahan artikel pada 30 Ogos 2024 (Jumaat).
Peraturan dan syarat-syarat serta panduan penulisan boleh diperolehi melalui kod QR dalam poster disertakan atau terus ke pautan https://bit.ly/BKDJDN.
Kerjasama dan perhatian YBrs. Ts. Dr./Dr./Ts./Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, salam hormat.
Jabatan Digital Negara
Aras 1-6,
Bangunan MKN Embassy Techzone
Blok B, No. 3200
Jalan Teknokrat 2
63000 Cyberjaya, Sepang
Selangor Darul Ehsan
Tel : 603-8000 8000
webmasterjdn@jdn.gov.my
Pelawat Hari Ini: 2
Jumlah Capaian: 357780
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768
Jabatan Digital Negara. 2024 © Hak Cipta Terpelihara