Search
Close this search box.

PELAWAAN PERMOHONAN PROGRAM PENAJAAN KUMPULAN PELAKSANA (PPKP) TAHUN 2024 BAGI PENGAJIAN PERINGKAT DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA SECARA SEPENUH MASA

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

 

YBrs. Ts. Dr./ Ts./ Dr./ Tuan/ Puan,

 

PELAWAAN PERMOHONAN PROGRAM PENAJAAN KUMPULAN PELAKSANA (PPKP) TAHUN 2024 BAGI PENGAJIAN PERINGKAT DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA SECARA SEPENUH MASA

  

Sukacita dimaklumkan sama inibahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membuka pelawaan kepada Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan (tidak termasuk Badan Berkanun Persekutuan) yang berminat dan berkelayakan untuk memohon Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) Tahun 2024 melibatkan penajaan pengajian bagi peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa.

 

Justeru, Pegawai Kumpulan Pelaksana jawatan Juruteknik Komputer dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di bawah Ketua Perkhidmatan Ketua Pengarah JDN yang memenuhi syarat adalah dialu-alukan untuk memohon mengikut syarat dan tatacara yang telah ditetapkan seperti berikut:

 

i.           Permohonan dibuka mulai 3 April 2024 sehingga 7 Jun 2024 secara dalam talian melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my dan tarikh akhir penerimaan borang permohonan yang lengkap beserta dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan oleh Urus setia JDN adalah pada atau sebelum 30 Mei 2024;

 

ii.          Sila teliti syarat-syarat yang ditetapkan serta pengemukaan dokumen sokongan yang diperlukan.
Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses;

 

iii.        Semua permohonan yang telah mendapat sokongan Ketua Jabatan masing-masing hendaklah dikemukakan kepada:

 

Bahagian Khidmat Pengurusan

Jabatan Digital Negara

Aras 6, Bangunan MKN Embassy Techzone

Blok B, No. 3200 Jalan Teknokrat 2

63000 CYBERJAYA

(u.p: Unit Latihan)

 

Urus setia yang boleh dihubungi bagi urusan ini ialah:

 

Puan Noor Addillah binti Shueef

E-mel: addillah.shueef@digital.gov.my

Jabatan Digital Negara

 

Cik Nur Irrdina Izzatti binti Zairom

E-mel: irrdina@digital.gov.my

Jabatan Digital Negara

 

Unit Latihan JDN

unitlatihan@digital.gov.my

 

Pegawai Penyelaras JPA di Unit Pengurusan Penawaran Latihan Dalam Perkhidmatan, Pembangunan Modal Insan, JPA

03-8885 3053/ 3371

E-mel: penawaranldp@jpa.gov.my

 

Sekian, terima kasih.

 

 >> NOTIS TENDER PELAWAAN PERMOHONAN PROGRAM PENAJAAN KUMPULAN PELAKSANA (PPKP) TAHUN 2024

Skip to content