PERSIDANGAN KETUA PEGAWAI DIGITAL SEKTOR AWAM 2025

(CDO CONVEX 2025)

Pemimpin Digital Cerdas dan Tangkas Era Baharu

30 JUN 2025 (ISNIN) | HOTEL THE EVERLY PUTRAJAYA

CDO CONVEX 2025

Persidangan Ketua Pegawai Digital Sektor Awam 2025 (Public Sector Chief Digital Officer) atau ringkasnya CDO CONVEX 2025 adalah program eksklusif anjuran Jabatan Digital Negara khusus kepada pemimpin digital sektor awam terutamanya kepada CDO sektor awam.

Program yang diadakan ini bukan sahaja melibatkan penyertaan CDO sektor awam tetapi juga menampilkan pemimpin digital sektor swasta, pakar akademik dan pakar tempatan daripada sektor industri.

TEMA

Pemimpin Digital Cerdas Dan Tangkas Era Baharu

Tema ini menekankan keperluan melahirkan barisan pemimpin yang bukan sahaja celik digital, malah bijak menggunakan teknologi secara strategik dalam membuat keputusan dan memacu transformasi organisasi. Pemimpin digital cerdas memiliki pemikiran analitik, berwawasan jauh, serta mampu menyesuaikan diri dengan cepat terhadap perubahan teknologi dan landskap digital yang dinamik.

Dalam konteks ini, tema ini juga menekankan keperluan kepada pendekatan keseluruhan kerajaan (Whole of Government), di mana semua agensi dan kementerian perlu bekerjasama secara menyeluruh dan bersepadu untuk menjayakan agenda pendigitalan negara.

OBJEKTIF CDO CONVEX 2025

  1. Menyediakan platform bagi perkongsian idea dan pengalaman untuk memantapkan peranan pemimpin digital serta mengukuhkan aspek pendigitalan di agensi sektor awam ke arah penyampaian perkhidmatan kerajaan yang cekap.
  2. Mengenal pasti pendekatan, kaedah dan teknologi yang boleh dimanfaatkan dalam bidang digital/ICT.
  3. Memperkukuh kerjasama strategik di kalangan pemimpin digital sektor awam.
  4. Meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan yang berpaksikan rakyat, berpacukan data dan berteraskan keselamatan

ATUR CARA

PEMBENTANG & PANEL CDO CONVEX 2025

SENARAI PEMBENTANG

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ir. Faisal Rafiq Mahamd Adikan

Naib Presiden (Penyelidikan dan Pembangunan), Monash University Malaysia

Encik Azhar bin Abdullah

Pengarah Kanan bagi Sektor Awam, Microsoft Malaysia

Encik Yusri Mohamed

Ketua Pegawai Digital, Johor Corporation

YBrs. Ir. Dr.-Ing. Mohd Nazri bin Mohd Nasir

Pensyarah Kanan, Universiti Teknologi Malaysia

YBrs. Dr. Dzaharudin Mansor

Ketua Jaminan Keselamatan, Amazon Web Services (AWS) Malaysia

SENARAI PANEL

YBhg. Dato' Ts. V. Valluvan Veloo

Timbalan Ketua Setiausaha (Makro), Kementerian Ekonomi

Puan Farah Adura binti Hamidi

Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Puan Rosnina binti Yaacob

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

YBhg. Datuk. Ts. Dr. Fazidah binti Abu Bakar

Mantan Ketua Pengarah, Jabatan Digital Negara

YBrs. Prof. Dr. Mohd. Khanapi Abd. Ghani

Ketua Pegawai Digital, Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Puan Shazurawati binti Abd Karim

Naib Presiden Eksekutif, TM One

Encik Wan Yussman bin Wan Yusof

Ketua Pegawai Teknologi, AirAsia Aviation Management Services

Encik JJ Tan

Pengarah Komersial, Penghantaran dan Perkhidmatan Kewangan, Grab Malaysia

Encik Akmal Hafiz Ruslan (Moderator)

Pengacara, Radio Televisyen Malaysia

Klik untuk muat turun Buku Profil Pembentang dan Panel

PEMPAMER CDO CONVEX 2025


MAKLUMAT PERHUBUNGAN

Maklumat lanjut, sila hubungi:

YBrs. Puan Azlinda binti Mohd Jan

YBrs. Dr. Humairath binti K.M Abu Bakar

HUBUNGI KAMI

Jabatan Digital Negara
Aras 1-6,
Bangunan MKN Embassy Techzone
Blok B, No. 3200 Jalan Teknokrat 2
63000 Cyberjaya, Sepang
Selangor Darul Ehsan

Tel : 603-8000 8000
E-mel: webmasterjdn@jdn.gov.my

RAKAN STRATEGIK CDO CONVEX 2025

Laman ini sesuai dipapar mengunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

Skip to content