Bahasa Malaysia

Bahasa Inggeris

Sejarah Jabatan Digital Negara

Jabatan Digital Negara (JDN) merupakan organisasi baharu daripada hasil penstrukturan dan penjenamaan semula yang asalnya merupakan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pergurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

JDN telah ditubuhkan susulan Keputusan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 7 Tahun 2023 yang telah diputuskan pada 11 Disember 2023, dan melalui rombakan kabinet pada 12 Disember 2023.  Penubuhan ini melibatkan beberapa fungsi sedia ada yang dilaksanakan oleh MAMPU sebelum ini, diteruskan kesinambungannya melalui penubuhan JDN. Ianya sebagai langkah strategik Kerajaan untuk memperkemas, menyelaras dan memperkukuh agenda pendigitalan negara secara lebih holistik.

Skip to content