Pelan Strategik Pendigitalan (PSP)

Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) yang dahulunya dikenali sebagai PelanStrategik ICT (PSICT) merupakan pelan atau blueprint yang mengandungi hala tuju strategik pendigitalan bagi agensi sektor awam bagi tempoh antara tiga hingga lima tahun. PSP turut menggariskan strategi dan program sebagai panduan agensi dalam perancangan serta pelaksanaan inisiatif pendigitalan agensi yang selari dengan agenda pendigitalan negara. PSP perlu selari dengan Pelan Strategik Organisasi (PSO) mengambil kira keperluan perkhidmatan jabatan dan perkembangan teknologi digital terkini. PSP juga perlu dipantau dan dikaji semula secara berkala melalui kajian separuh penggal (KSP) bagi memastikan hala tuju strategik ICT dan pendigitalan kekal relevan dengan persekitaran organisasi agensi.Kerajaan telah menubuhkan KWAICT pada 13 Jun 2013 di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 melalui Surat Ikatan Amanah bagi Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Projek ICT Sektor Awam.

BUKU RUJUKAN AGENSI

Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025

 Maklumat Lanjut:

Ketua Pengarah
Jabatan Digital Negara
Aras 1-6, Bangunan MKN Embassy Techzone,
Blok B, No.3200 Jalan Teknokrat 2
63000 Cyberjaya, Sepang
Selangor Darul Ehsan

(u.p.: Pengarah, Bahagian Perundingan
Digital)

No. Telefon: 603 – 8000 8000
No. Faksimili : 03- 887 23163


Skip to content