Suatu akta untuk memperuntukkan perkongsian data dalam kawalan sesuatu agensi sektor awam dengan agensi sektor awam lain, penubuhan Jawatankuasa Perkongsian Data Negara, fungsi dan kuasa Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara berhubung dengan perkongsian data dan perkara lain yang berkaitan.
Digital Flip Book Akta Perkongsian Data
Soalan Lazim Akta Perkongsian Data 2025 [Akta 864]
 Persoalan yang sering dikemukakan mengenai
Akta Perkongsian Data 2025 [Akta 864]
Akta ini telah disiar warta pada 20 Februari 2025
Akta ini telah dikuatkuasa pada 28 April 2025
Akta ini terpakai kepada Kerajaan Persekutuan
Jawatankuasa ditubuhkan di bawah Akta Perkongsian Data 2025 [Akta 864], Bahagian II, Seksyen 5.
Subseksyen 6(1), Akta 864 memperuntukkan mengenai Fungsi Jawatankuasa seperti yang berikut: 1.      Membuat dasar dan strategi yang berhubungan dengan perkongsian data di bawah Akta Perkongsian Data 2025 [Akta 864];  |
Anggota Jawatankuasa dilantik oleh Yang Berhormat Menteri Digital sebagaimana peruntukan subseksyen 5(3) Akta 864.
Agensi boleh merujuk kepada JPDN melalui Ketua Pengarah JDN sekiranya berlaku sebarang kesulitan atau isu pentadbiran yang timbul semasa pelaksanaan Akta 864.
Peruntukan subseksyen 5(2), Akta 864 memperincikan keanggotaan Jawatankuasa seperti yang berikut:
Skop perkongsian data menurut Akta 864 hanya meliputi perkongsian data dalam kawalan agensi Kerajaan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan menurut undang-undang Persekutuan selaras dengan Fasal (1) Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan di mana Parlimen mempunyai punca kuasa penggubalan Akta Perkongsian Data di bawah butiran enam (6), Senarai Persekutuan, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan berkenaan dengan Jentera Kerajaan Persekutuan.Â
Keanggotaan Jawatankuasa telah diperincikan sebagaimana peruntukan subseksyen 5(2) Akta 864.
Jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa bagi menasihati Jawatankuasa mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan.
Seksyen 10 Akta 864 memperuntukkan Jawatankuasa ini boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil seperti yang berikut:
Seksyen 10 Akta 864 memperuntukkan penubuhan Jawatankuasa Kecil oleh JPDN. Jawatankuasa kecil ditubuhkan bagi menangani isu khusus, bidang yang memerlukan kepakaran tertentu, perhatian terperinci atau pengurusan teknikal. Ini membolehkan tumpuan yang lebih mendalam, mempercepatkan proses membuat keputusan dan melibatkan pakar luar untuk membantu Jawatankuasa dalam pelaksanaan fungsinya.
Sebarang pertanyaan berkenaan Akta Perkongsian Data 2025 [Akta 864] boleh hubungi:
Bahagian Kawal Selia Akta
Jabatan Digital Negara
bksa@jdn.gov.my
Jabatan Digital Negara
Aras 1-6,
Bangunan MKN Embassy Techzone
Blok B, No. 3200
Jalan Teknokrat 2
63000 Cyberjaya, Sepang
Selangor Darul Ehsan
Tel : 603-8000 8000
E-mel: webmasterjdn@jdn.gov.my
Pelawat Hari Ini : 110
Jumlah Pelawat : 66483
Jumlah Capaian : 1422752
Laman ini sesuai dipapar mengunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768