Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO)

Jabatan Digital Negara

Pegawai Keselamatan ICT Jabatan Digital Negara

PERANAN PEGAWAI KESELAMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY SECURITY OFFICER, ICTSO)

  1. Memastikan semua infrastruktur keselamatan ICT Jabatan Digital Negara menepati prinsip-prinsip keselamatan berpandukan Rangka Dasar Keselamatan ICT Kerajaan, Rangka Kerja Keselamatan Siber Sektor Awam (RAKKSSA) dan Arahan Keselamatan Kerajaan;

  2. Menyedia dan mengkaji semula dokumen infrastruktur keselamatan ICT Jabatan Digital Negara bagi tujuan audit keselamatan ICT;

  3. Mengenal pasti bidang-bidang keselamatan ICT Jabatan Digital Negara yang perlu diberikan perhatian rapi;

  4. Memastikan tahap keselamatan ICT Jabatan Digital Negara adalah terjamin setiap masa;

  5. Memastikan semua warga Jabatan Digital Negara memahami keperluan standard, garis panduan dan prosedur keselamatan di bawah Rangka Dasar Keselamatan ICT Kerajaan dan Rangka Kerja Keselamatan Siber Sektor Awam (RAKKSSA);

  6. Menjalankan penilaian risiko dan program-program keselamatan ICT di Jabatan Digital Negara;

  7. Mewujudkan pelan tindakan bagi mengurus risiko akibat dari ketidakpatuhan kepada standard, garis panduan dan prosedur keselamatan ICT di Jabatan Digital Negara;

  8. Melaporkan kepada GCERT mengenai sebarang insiden keselamatan ICT yang berlaku di Jabatan Digital Negara;

  9. Membantu dalam membangunkan standard, garis panduan dan prosedur untuk aplikasi, sistem dan infrastruktur ICT di Jabatan Digital Negara bagi mematuhi keperluan Dasar Keselamatan ICT Kerajaan atau Polisi Keselamatan Siber Sektor Awam;

  10. Mewujudkan program-program bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan pembudayaan mengenai teknologi dan mekanisme kawalan maklumat dan aset ICT, ancaman-ancaman siber dan peranan dan tanggungjawab pengguna dalam mengendalikan kemudahan ICT di Jabatan Digital Negara;

  11. Menyebar dan menyalurkan amaran awal terhadap ancaman-ancaman yang berpotensi menyebabkan kerosakan besar kepada aset ICT Jabatan Digital Negara; dan

  12. Mengurus keseluruhan program keselamatan ICT di Jabatan Digital Negara.

Skip to content