Pengenalan
–JPICT JDN ditubuhkan untuk menimbang dan meluluskan permohonan kelulusan teknikal projek ICT bagi perolehan sistem, rangkaian,
perkakasan, perisian dan perkhidmatan ICT di JDN. JPICT juga berperanan untuk menyelaras dan memantau urusan pengoperasian pelaksanaan projek ICT jabatan berdasarkan Pelan Strategik ICT (ISP).
–Semua bahagian di JDN dikehendaki mengemukakan cadangan projek ICT kepada JPICT JDN bagi mendapatkan kelulusan teknikal
sebelum dilaksanakan.
Tujuan
Untuk memastikan bahawa perancangan dan pelaksanaan program ICT jabatan dijalankan selaras dengan dasar ICT kerajaan.
Bidang Tugas
i. Menetapkan arah tuju dan strategi untuk pembangunan dan pelaksanaan ICT agensi;
ii. Merancang, mengenal pasti dan mencadangkan sumber seperti kepakaran,tenaga kerja dan kewangan yang diperlukan bagi
melaksanakan arah tuju/strategi ICT agensi;
iii. Merancang dan menyelaras pembangunan dan pelaksanaan program/projek ICT agensi;
iv. Menyelaras dan menyeragamkan pembangunan ICT agensi agar selari dengan pelan strategik organisasi dan pelan strategik ICT
agensi;
v. Meluluskan projek ICT agensi berdasarkan kepada keperluan sebenar dan dengan perbelanjaan yang berhemah serta mematuhi
peraturan-peraturan semasa yang berkaitan;
vi. Mengikuti dan memantau perkembangan program ICT agensi serta memahami keperluan, masalah dan isu yang dihadapi dalam pembangunan dan pelaksanaan ICT;
vii. Merancang dan menentukan langkah-langkah keselamatan ICT;
viii. Mengemukakan perolehan ICT yang telah diluluskan di peringkat JPICT Agensi kepada JPICT Kementerian untuk kelulusan; dan
ix. Mengemukakan laporan kemajuan projek ICT yang telah diluluskan oleh JTISA kepada JPICT Kementerian mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
Tempoh Permohonan
Permohonan kelulusan bagi projek ICT dibuka sepanjang tahun. Kertas yang diterima melewati tarikh akhir penghantaran kertas permohonan yang telah ditetapkan akan dibawa ke mesyuarat yang seterusnya. Format Kertas Permohonan Kelulusan Teknikal Projek ICT >> Templat Slaid Permohonan JPICT JDN 2024  Permohonan Kelulusan Permohonan perlu dikemukakan kepada Urus Setia JPICT JDN melalui e-mel jpictjdn@digital.gov.my dengan menyertakan dokumen-dokumen berikut:
Â
Â
Semua permohonan perolehan ICT perlu dikemukakan melalui Sistem Aplikasi Profil Projek ICT Sektor Awam (PROFIT) di alamat http://profit.mampu.gov.my/ setelah disahkan oleh Urus Setia JPICT selewat-lewatnya 5 hari sebelum tarikh mesyuarat.
Â
Rujukan
Â
Â
 Maklumat Lanjut
Â
Sebarang pertanyaan berkaitan boleh diajukan kepada Urus Setia JPICT JDN seperti berikut:
Â
 Urus Setia Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT),
Jabatan Digital Negara,
Aras 1-6, Bangunan MKN Embassy Techzone
Blok B, No. 3200 Jalan Teknokrat 2
63000 Cyberjaya, Sepang
Selangor Darul Ehsan
(u.p. : Puan Elliyani binti Atan Awang
Timbalan Pengarah,
Bahagian Pembangunan Aplikasi)
Nombor Telefon : 603-887 25059
Nombor Faks: 603-8318 2162
Â
Â
Jabatan Digital Negara
Aras 1-6,
Bangunan MKN Embassy Techzone
Blok B, No. 3200
Jalan Teknokrat 2
63000 Cyberjaya, Sepang
Selangor Darul Ehsan
Tel : 603-8000 8000
E-mel: webmasterjdn@jdn.gov.my
Pelawat Hari Ini : 64
Jumlah Pelawat : 30259
Jumlah Capaian :Â 822771
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768