Jawatankuasa Pemantauan Projek ICT Sektor Awam (JPPI)

Pengenalan

Di peringkat sektor awam, Jawatankuasa Pemantauan Projek ICT Sektor Awam (JPPI) adalah jawatankuasa di peringkat pusat yang bertanggungjawab melaksana pemantauan projek bagi semua kementerian/agensi mengikut skop yang telah ditetapkan.


Peranan


(i)  Melaksana pemantauan ke atas projek ICT agensi Sektor Awam dan melaporkan hasil pemantauan projek ICT kepada pengurusan tertinggi Sektor Awam;

(ii) Memastikan strategi dan pelaksanaan projek ICT dilaksanakan mengikut perancangan dan pekeliling serta peraturan semasa yang sedang berkuat kuasa;

(iii) Mengesyorkan tindakan serta hala tuju penyelesaian isu-isu pelaksanaan yang signifikan, tertangguh lama dan melibatkan pertikaian pelbagai
pihak yang memerlukan intervensi; dan

(iv)  Menilai sistem dan prosedur sedia ada dari segi perancangan, pelaksanaan dan penilaian projek ICT.


Skop Pemantauan JPPI

Pemantauan oleh JPPI adalah berdasarkan skop dan kriteria seperti yang berikut:

(i)  Semua projek ICT agensi Sektor Awam yang telah diluluskan oleh JPICT Kementerian/Agensi atau JTISA;

(ii) Perkhidmatan sewaan, penyelenggaraan peralatan ICT, perolehan/pembaharuan lesen, perolehan perisian dan langganan (subscription) DIKECUALIKAN daripada pemantauan JPPI. 

MAKLUMAT LANJUT

 

Ketua Pengarah,
Jabatan Digital Negara, 

Blok B, Bangunan MKN Embassy Techzone, 
NO. 3200, Jalan Teknokrat 2, 
63000 CYBERJAYA, SELANGOR

(u.p. Pengarah, Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT)
No. Telefon: 603-8000 8000 No. Faksimili : 03- 8888 3721
E-mel: urussetiajppi@digital.gov.my

Skip to content