Temui maklumat, perkhidmatan, dokumen dan kandungan Portal JDN.
Khidmat Perundingan Keselamatan ICT
JDN menyediakan Khidmat Perundingan Keselamatan ICT bagi memantapkan lagi perlindungan keselamatan dan pembangunan infrastruktur ICT Kerajaan. JDN menyediakan kemudahan khidmat perunding mengenai isu-isu keselamatan ICT seperti berita, artikel, advisories dan tools yang terkini, penemuan dan pengendalian insiden serta penyediaan dasar dan pengurusan keselamatan ICT.
Secara umumnya Khidmat Perundingan Keselamatan ICT meliputi :
Pemudah cara di dalam mana-mana bengkel, kursus atau seminar mengenai keselamatan ICT;
Menyediakan pandangan secara bertulis atau dalam talian mengenai isu keselamatan ICT
Mewujudkan forum dan buletin perbincangan secara elektronik melalui laman khas Portal Keselamatan ICT Kerajaan (GSWP)
Maklumat Lanjut:
Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara Aras 1-6, Bangunan MKN Embassy Techzone, Blok B, No.3200 Jalan Teknokrat 2 63000 Cyberjaya, Sepang Selangor Darul Ehsan