Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ingin mempelawa Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P) dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan termasuklah Badan Berkanun Persekutuan (kecuali badan berkanun yang telah diasingkan sistem saraannya sama ada dibebaskan atau tidak dibebaskan) yang berminat dan berkelayakan untuk memohon Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Sesi 2026 bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran (Ph.D) secara sepenuh masa. Permohonan berkenaan dibuka bermula daripada 28 April 2025 sehingga 30 Mei 2025 melalui pautan yang disediakan di portal http://bmipenajaan.jpa.gov.my/.
3. Maklumat lanjut berhubung HLP ini adalah sebagaimana Notis Iklan dan dokumen seperti yang dilampirkan. Pegawai yang berminat dimohon untuk memberi perhatian yang sewajarnya tentang syarat-syarat permohonan (Lampiran I) dan tatacara permohonan (Lampiran II) yang dinyatakan di dalam surat pelawaan tersebut. Untuk makluman, permohonan yang tidak lengkap serta tidak mendapat kebenaran Ketua Jabatan masing-masing serta lewat dihantar dari tarikh tutup yang ditetapkan secara automatik tidak akan diproses untuk pertimbangan pencalonan.
4. Pegawai yang berminat dimohon untuk menyemak Tatacara Permohonan Mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan JDN (seperti di Lampiran) untuk memastikan proses permohonan berjalan lancar. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada Subseksyen Latihan, BKP, JDN selewat-lewatnya pada 21 Mei 2025 (Rabu) jam 12.00 tengah hari dan dikemukakan kepada:
Bahagian Khidmat Pengurusan
Jabatan Digital Negara
Aras 6, MKN Embassy Techzone
Jalan Teknokrat 2
63000 CYBERJAYA
(u.p: Subseksyen Latihan)
5. Dokumen-dokumen hendaklah disusun mengikut turutan (rujuk Lampiran E) dan HENDAKLAH disediakan dalam DUA (2) SET DOKUMEN YANG LENGKAP dan diakui sah oleh pegawai berkelayakan bagi dokumen sokongan sebagaimana ditetapkan. Sila pastikan setiap set salinan tersebut TIDAK DIKETIP/ DIJILID tetapi hanya DIKLIP sahaja.
6. Sebarang pertanyaan lanjut, urus setia latihan yang boleh dihubungi adalah seperti berikut:
Unit Latihan JDN
E – mel: unitlatihan@jdn.gov.my
Puan Chor Yee Reen
E – mel: chor.yr@jdn.gov.my
No. Tel.: 03-88725163
Cik Nur Syafiqah Aziera binti Nazahar
E – mel: syafiqahaziera@jdn.gov.my
No. Tel.: 03-88927515
Jabatan Digital Negara
Aras 1-6,
Bangunan MKN Embassy Techzone
Blok B, No. 3200
Jalan Teknokrat 2
63000 Cyberjaya, Sepang
Selangor Darul Ehsan
Tel : 603-8000 8000
E-mel: webmasterjdn@jdn.gov.my
Pelawat Hari Ini : 212
Jumlah Pelawat : 52759
Jumlah Capaian : 1218196
Laman ini sesuai dipapar mengunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768