Search
Close this search box.


Jawatankuasa Pemodenan dan MyDIGITAL Kluster Kerajaan(MyDIGITAL)

Jawatankuasa Pemodenan dan MyDIGITAL Kluster Kerajaan (MyDIGITAL) telah ditubuhkan selaras dengan pelancaran MyDIGITAL dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (RTEDM) pada 19 Februari 2021. Jawatankuasa ini berperanan mengurus dan memantau dasar, program dan projek dalam memacu transformasi digital sektor awam.

Jawatankuasa ini dianggotai oleh semua Kementerian dan jabatan berkaitan seperti berikut: 

Pengerusi:  Ketua Setiausaha Negara

Ahli:

    1. Semua Kementerian termasuk Jabatan Perdana Menteri
    2. Jabatan Perkhidmatan Awam
    3. Jabatan Peguam Negara
    4. Jabatan Audit Negara
    5. Jabatan Digital Negara (dahulunya dikenali sebagai MAMPU)
    6. Unit Penyelarasan Pelaksanaan
    7. Jabatan Perangkaan Malaysia
    8. Institut Tadbiran Awam Negara
    9. Agensi Keselamatan Siber Negara

Ahli Jemputan: MyDIGITAL Corporation

 

Urus setia: Jabatan Digital Negara

Terma rujukan

  1. Menetapkan visi, dasar, strategi dan hala tuju pemodenan dan pendigitalan sektor awam.
  2. Mengurus dan mengkaji semula dasar, program dan projek mengikut keutamaan dan keutamaan semula termasuk keperluan sumber (manusia, peruntukan dan teknologi) sektor awam.
  3. Mengkaji semula peraturan berkaitan proses, prosedur dan kerangka perundangan bagi menambah baik inisiatif pemodenan dan pendigitalan.
  4. Menggerakkan dan memantau kemajuan pelaksanaan strategi serta inisiatif pemodenan dan pendigitalan sektor awam mengikut perancangan dan sasaran yang ditetapkan.
  5. Meningkatkan kompetensi digital secara berterusan seiring dengan hala tuju pemodenan dan pendigitalan sektor awam.
  6. Memberi khidmat nasihat pakar dan teknikal kepada Majis Ekonomi Digital dan 4IR Negara (MED4IRN).
  7. Mengenal pasti isu dan cabaran yang berkaitan pelaksanaan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (RTEDM) dan Dasar 4IR Negara (D4IRN) serta merangka cadangan dasar yang bersesuaian bagi memastikan dasar yang bersesuaian dengan sektor awam.
  8. Membantu untuk memantau dan mengurus halangan terhadap perubahan pendigitalan sektor awam.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Ketua Pengarah

Jabatan Digital Negara

Aras 1-6, Bangunan MKN Embassy Techzone

Blok B, No.3200 Jalan Teknokrat 2

63000 Cyberjaya

Selangor Darul Ehsan

(u.p. Pengarah, Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur Digital)

 

No. Telefon: 603-8000 8000

No. Faksimili: 603-8888 3163

E-mel: urussetiamydigital@digital.gov.my

 
Penafian:

Tadbir urus jawatankuasa ini tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu MED4IRN Bil.1/2024

Skip to content