Search
Close this search box.

Maklumat Korporat

Jabatan Digital Negara (JDN)

Visi

Kerajaan Digital Mampan
Pemangkin Negara Digital

misi

Memacu pendigitalan penyampaian perkhidmatan kerajaan melalui pemantapan tatakelola, pemanfaatan kepintaran data, pemerkasaan bakat dan adaptasi teknologi baharu ke arah perkhidmatan yang efisien, cerdas, selamat dan tangkas

FUNGSI

  • Menyelaras dan melaksana tatakelola program nasional dan projek pendigitalan kerajaan
  • Menerajui transformasi perkhidmatan digital dan pelaksanaan GovTech berdasarkan pendekatan Whole of Government (WoG) mengikut sektor perkhidmatan
  • Menerajui pembangunan dan pelaksanaan perkhidmatan sepunya digital yang merentas agensi
  • Merancang, mengurus dan menyelaras maklumat strategik dan analitik
  • Menerajui dan melaksana perkhidmatan gunasama infrastruktur digital kerajaan
  • Menerajui perancangan, pembangunan dan pelaksanaan kompetensi dan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Sistem Maklumat
  • Memberi khidmat runding dan nasihat teknikal berkaitan penggunaan teknologi digital dalam transformasi perkhidmatan digital
  • Melaksanakan pembudayaan teknologi dalam perkhidmatan digital