Search
Close this search box.


Jawatankuasa Pemodenan dan Pendigitalan Sektor Awam (JPPSA)

Jawatankuasa Pemodenan dan Pendigitalan Sektor Awam (JPPSA) diwujudkan bagi membolehkan satu mekanisme tadbir urus pelaksanaan dan pemantauan inisiatif pemodenan dan pendigitalan di peringkat Sektor Awam. JPPSA melibatkan penambahbaikan kepada tadbir urus semasa dengan menggantikan Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) dan Panel Merakyatkan Perkhidmatan Awam (MPA) serta mengukuhkan mekanisme pemantauan projek-projek ICT sektor awam melalui pelaporan Jawatankuasa Pemantauan Projek ICT Sektor Awam (JPPI) terus kepada JPPSA.

Mesyuarat JPPSA Bilangan 1 Tahun 2019 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara telah diadakan pada 16 Ogos 2019.

Terma rujukan JPPSA adalah seperti yang berikut:

    1. Menetapkan visi, dasar, strategi dan hala tuju bagi pembangunan dan pelaksanaan pendigitalan dan inovasi digital sektor awam;
    2. Mengkaji semula peraturan yang berkaitan dengan proses, prosedur dan kerangka perundangan bagi menambah baik inisiatif pemodenan dan pendigitalan serta kepantasan dalam membuat keputusan;
    3. Menggerakkan inisiatif pemodenan dan pendigitalan baharu yang berinovasi dan kreatif merentasi agensi Sektor
      Awam selaras dengan perkembangan teknologi;
    4. Mengenal pasti dan menyelesaikan isu dan masalah yang dihadapi bagi memastikan pelaksanaan program/projek pemodenan dan pendigitalan mengikut perancangan dan sasaran yang ditetapkan;
    5. Menyelaras dan memantau pelaksanaan program/projek pemodenan dan pendigitalan di Sektor Awam merangkumi inisiatif Kerajaan berpacukan data, perkhidmatan dalam talian, transaksi tanpa tunai, e-dagang dan teknologi IR4.0; dan
    6. Meningkatkan kompetensi digital secara berterusan seiring dengan hala tuju pemodenan dan pendigitalan sektor
      awam.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Ketua Pengarah,
Jabatan Digital Negara,
Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur Digital (BSA)
Blok B, Bangunan MKN Embassy Techzone,
N0. 3200, Jalan Teknokrat 2,
63000 CYBERJAYA, SELANGOR

(u.p. Pengarah, Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT)

No. Telefon: 603 – 8000 8000
No. Faksimili : 03 – 8888 3721

E-mel: urussetiajppsa@digital.gov.my

Skip to content