Ketua Keselamatan Digital

 

Puan-Hamidah-BPG-281x300

 

NAMA ICTSO : PUAN HAMIDAH BINTI MAT SAAT @ ABAS
JAWATAN : PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN PERKHIDMATAN GUNASAMA

INFRASTRUKTUR DAN KESELAMATAN ICT (BPG)

TARIKH KUAT KUASA LANTIKAN: 13 JANUARI 2023
E-mel : hamidah@digital.gov.my

 

Peranan dan tanggungjawab Ketua Keselamatan Digital

    1. Memastikan semua infrastruktur keselamatan ICT JDN menepati prinsip-prinsip keselamatan berpandukan Rangka Dasar  Keselamatan ICT Kerajaan, Rangka Kerja Keselamatan Siber Sektor Awam (RAKKSSA) dan Arahan Keselamatan Kerajaan;
    2. Menyedia dan mengkaji semula dokumen infrastruktur keselamatan ICT JDN bagi tujuan audit keselamatan ICT;
    3. Mengenal pasti bidang-bidang keselamatan ICT JDN yang perlu diberikan perhatian rapi;
    4. Memastikan tahap keselamatan ICT JDN adalah terjamin setiap masa;
    5. Memastikan semua warga JDN memahami keperluan standard, garis panduan dan prosedur keselamatan di bawah Rangka Dasar Keselamatan ICT Kerajaan dan Rangka Kerja Keselamatan Siber Sektor Awam (RAKKSSA).
    6. Menjalankan penilaian risiko dan program-program keselamatan ICT di JDN;
    7. Mewujudkan pelan tindakan bagi mengurus risiko akibat dari ketidak patuhan kepada standard, garis panduan dan prosedur keselamatan ICT di JDN;
    8. Melaporkan kepada GCERT JDN mengenai sebarang insiden keselamatan ICT yang berlaku di JDN;
    9. Membantu dalam membangunkan standard, garis panduan dan prosedur untuk aplikasi, sistem dan infrastruktur ICT di JDN bagi mematuhi keperluan Dasar Keselamatan ICT Kerajaan atau Polisi  Keselamatan Siber Sektor Awam;
    10. Mewujudkan program-program bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan pembudayaan mengenai teknologi dan mekanisme kawalan maklumat dan aset ICT, ancaman-ancaman siber dan peranan dan tanggungjawab pengguna dalam mengendalikan kemudahan ICT di JDN; 
    11. Menyebar dan menyalurkan amaran awal terhadap ancaman-ancaman yang berpotensi menyebabkan kerosakan besar kepada aset ICT JDN ; dan 
    12. Mengurus keseluruhan program-program keselamatan ICT di JDN.

 

Skip to content