Search
Close this search box.

Perutusan Ketua Pengarah

Jabatan Digital Negara

perutusan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani

Selamat datang diucapkan kepada pengunjung laman web rasmi Jabatan Digital Negara (JDN) yang dulunya dikenali sebagai Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Dunia di hujung jari, pada masa kini media sosial semakin memainkan peranan penting dalam mencorak kehidupan masyarakat dan gaya hidup masa kini. Pelbagai platform perkhidmatan diwujudkan untuk kemudahan rakyat tersedia untuk dilayari dan dimanfaatkan sepenuhnya terutamanya dalam sektor perkhidmatan awam. Perkembangan pesat teknologi global juga memacu kerajaan dalam memastikan perkhidmatan yang disampaikan adalah seiring dengan inovasi teknologi maklumat terkini dan dapat dinikmati serta dimanfaatkan oleh segenap lapisan masyarakat.

Dalam melestarikan kerajaan digital mampan sebagai pemangkin masyarakat digital, penjenamaan semula JDN menerajui dalam memacu pendigitalan perkhidmatan kerajaan. Sejajar dengan kemunculan teknologi baharu, JDN memainkan peranan sebagai jabatan teknikal ICT dalam pemantapan tatakelola pelaksanaan inisiatif pendigitalan dan adaptasi teknologi digital baharu ke arah penyampaian perkhidmatan yang efisien, cerdas, selamat dan tangkas. Tumpuan akan diberikan kepada usaha peralihan ke arah GovTech di mana pemantapan pendigitalan perkhidmatan kerajaan berpaksikan rakyat dan berpacukan data melalui pendekatan Whole of Government (WoG).  

Selaku Ketua Perkhidmatan Sistem Maklumat, pemerkasaan berterusan bakat digital pegawai teknikal dalam skim Perkhidmatan Sistem Maklumat diberi keutamaan bagi melonjakkan lagi keberkesanan penyampaian perkhidmatan digital kerajaan. Saya menyeru semua warga kerja di JDN termasuk semua pegawai teknikal di agensi sektor awam untuk bersama-sama berganding bahu dalam mencapai visi, misi dan fungsi JDN selaras dengan agenda digital negara dan aspirasi MADANI.

Dengan adanya laman web rasmi ini, ianya akan menjadi medium komunikasi di antara JDN dan pengguna dalam memberikan perkhidmatan yang berkesan dan pengemaskinian maklumat terkini berkaitan JDN. Semoga perkongsian ini memanfaatkan semua pihak.

Together, Everyone Achieves More


Salam hormat 

Ts. Dr. Fazidah Binti Abu Bakar
Ketua Pengarah
Jabatan Digital Negara