Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Asia School of Business (ASB) dengan kerjasama MIT Sloan Management telah membuka permohonan penajaan bagi pengajian Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Asia School of Business (ASB) secara sepenuh masa untuk tempoh 12 bulan.
3. Justeru itu, pegawai Pengurusan dan Profesional (P&P) yang berminat dan berkelayakan dikehendaki membaca dan memahami sepenuhnya syarat-syarat permohonan dan tatacara permohonan yang ditetapkan oleh pihak JPA seperti di Lampiran A dan Lampiran B sebelum membuat permohonan. Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui portal https://penajaan.jpa.gov.my/ bermula 15 Januari hingga 27 Februari 2026. Maklumat lanjut berkenaan program ini sebagaimana Notis dan dokumen berkaitan yang dilampirkan juga boleh dirujuk di portal tersebut. Pegawai yang berminat juga dipelawa untuk mengikuti sesi penerangan secara dalam talian atau Info Session oleh ASB yang akan diadakan mengikut ketetapan seperti yang berikut:
Tarikh : 12 Februari 2025 (Khamis)
Masa: 12.30 tengah hari – 1.30 tengah hari
Pautan Pendaftaran : https://apply.asb.edu.my/register/taklimat-program-ASB-MBA-02
(E-mel jemputan dan pautan platform atas talian bagi info Sesion oleh ASB akan diterima oleh tuan/puan setelah mendaftar melalui pautan di atas)
4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun, dicetak dan ditandatangani oleh pemohon serta perlu ditandatangani serta dicop rasmi oleh Ketua Jabatan di ruangan perakuan. Kesemua permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak sebanyak DUA (2) SET SALINAN (1 salinan asal dan 1 salinan fotostat) dengan disertakan dokumen-dokumen WAJIB (rujuk perenggan 1.4, Lampiran B) yangtelah disahkan oleh pegawai berkelayakan seperti disyaratkan oleh JPA. Setiap set salinan tersebut TIDAK DIKETIP/ DIJILID tetapi hanya DIKLIP sahaja. Hanya permohonan yang lengkap akan diproses. Dokumen tambahan yang perlu disertakan bagi permohonan ini adalah seperti berikut:
a. Surat iringan daripada Ketua Jabatan;
b. Salinan surat akuan pinjaman pendidikan (rujuk Lampiran C);
c. Salinan Buku Perkhidmatan Kerajaan;
d. Salinan surat pengisytiharan harta; dan
e. Salinan borang pengesahan maklumat tatatertib.
5. Borang permohonan yang telah lengkap berserta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah diperaku oleh Ketua Jabatan dan dikemukakan melalui Pengurusan Sumber Manusia di jabatan masing-masing selewat-lewatnya pada 11 Februari 2026 (Rabu) jam 5.00 petang kepada:
Bahagian Khidmat Pengurusan
Jabatan Digital Negara
Aras 4, Blok D, MKN Embassy Techzone
Jalan Teknokrat 2 63000 Cyberjaya
(u.p: Subseksyen Latihan)
Unit Latihan JDN
E – mel: unitlatihan@jdn.gov.my
Puan Noor Addillah binti Shueef
E – mel: addillah.shueef@jdn.gov.my
Puan Nur Syafiqah Aziera binti Nazahar
E – mel: syafiqahaziera@jdn.gov.my
Perhatian dan kerjasama YBrs. Ts. Dr./YBrs. Dr./Ts./Tuan/Puan dalam perkara ini adalah dihargai.
Sekian, terima kasih.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
Subseksyen Latihan
Seksyen Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan
Jabatan Digital Negara
Kementerian Digital
Aras 6, Bangunan MKN Embassy Techzone
Blok B, No. 3200 Jalan Teknokrat 2
63000 CYBERJAYA
03-8872 5163
unitlatihan@jdn.gov.my
www.jdn.gov.my