Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur Digital

Fungsi Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur Digital

    1. Merancang, mengurus dan memantau pelaksanaan Enterprise Architecture (EA), Repositori dan Portal MyGovEA serta membangunkan kompetensi Champion EA Agensi Sektor Awam.

    2. Merancang, mengurus, menyelaras dan memantau pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) dan
      Kamus Data Sektor Awam (DDSA).

    3. Merancang,mengurus,  menyelaras dan melaksana Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ICT Sektor Awam (JTISA).

    4. Merancang,mengurus dan menyelaras Kemajuan Laluan Kerjaya Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat Sektor Awam.

    5. Merancang,mengurus dan menyelaras Program Pembangunan Sumber Manusia Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat Sektor
      Awam.

    6. Merancang, mengurus, menyelaras dan  melaksana program kolaboratif  strategik ICT Sektor Awam  dengan kerajaan
      luar negara, akademia serta pihak industri dalam dan luar negara.

    7. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana Mesyuarat Jawatankuasa Pemodenan dan MyDIGITAL Kluster Kerajaan serta menyelaras pelaporan berkaitan inisiatif MyDIGITAL Sektor Awam.

    8. Memantau kemajuan pelaksanaan projek-projek ICT agensi Sektor Awam, mengurus Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Projek ICT Sektor Awam (KWAICT).

Seksyen Pemantauan Pelaksanaan EA (SPEA) 

    1. Merancang, mengurus dan menyelaras Pelan Induk dan Dasar Enterprise Architecture (EA).

    2. Merancang, mengurus dan menyelaras tadbir urus EA Sektor Awam.
    3. Merancang, memantau pelaksanaan EA Sektor Awam di peringkat Kementerian.

    4. Merancang, mengurus dan menyenggara Portal dan Repositori MyGovEA.

    5. Merancang, mengurus dan membangunkan kandungan Repositori dan Portal MyGovEA.

    6. Merancang, mengurus, menyelaras  dan membangunkan kapabiliti EA Sektor Awam termasuk kursus/ latihan, program kesedaran dan Transfer of Knowledge.

 Seksyen Pemantauan Pelaksanaan dan Strategik ICT (SPSI) 

    1. Merancang, mengurus, menyelaras dan memantau pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA);

    2. Merancang, mengurus, menyelaras dan memantau pelaksanaan Kamus Data Sektor Awam (DDSA) di peringkat Kementerian dan Agensi;

    3. Menyelaras permohonan projek ICT di bawah peruntukan pembangunan (DE) JDN, bagi Sektor ICT JDN;

    4. Menyelaras penyediaan input bagi program ICT JDN di bawah Rancangan Malaysia (RMK); dan

    5. Mengurus,menyelaras  dan menyenggara kandungan  Sistem Kamus Data Sektor Awam (SDDSA)

Seksyen Penilaian Projek ICT (SPPI)

    1. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal  ICT Sektor Awam (JTISA);

    2. Mengurus dan menyelaras laporan penilaian  cadangan  projek-projek ICT di bawah Rancangan Malaysia;

    3. Mengurus,menyelaras dan memantau  pelaksanaan Sistem Aplikasi Profil  Projek ICT Sektor Awam (PROFIT)

    4. Mengurus danmenyelaras maklumbalas teknikal berkaitan Perolehan dan Penilaian Projek ICT; dan

    5. Memberi khidmat nasihat ke atas Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2015 yang sedang berkuatkuasa.

  Seksyen Pengurusan Kerjaya Perkhidmatan Sistem Maklumat (SPSM)

    1. Merancang,mengurus dan menyelaras Kemajuan Laluan Kerjaya Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat.

    2. Merancang, mengurus dan menyelaras Pelan Perancangan Penggantian untuk jawatan strategik
      Skim Perkhidmatan Pegawai Teknologi Maklumat Sektor Awam.

    3. Mengurus setia Mesyuarat Panel Penilaian Pembangunan Kompetensi dan Kerjaya Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat Sektor Awam.

    4. Merancang, mengurus dan menyelaras permohonan, penilaian, perakuan dan pemantauan SME ICT.

    5. Mengurus Repositori Perkhidmatan Sistem Maklumat Sektor Awam melalui Sistem Pengurusan Kerjaya (SPK).

    6. Merancang, menyelaras dan melaksanakan libat urus Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat bersama Ketua Perkhidmatan Sistem Maklumat.

    7. Menyelaras dan menyediakan ulasan pengukuhan struktur organisasi ICT Kementerian/agensi.

Seksyen Pembangunan Kompetensi  Perkhidmatan Sistem Maklumat (SPKP)

    1. Merancang,mengurus dan membangun Program Pembangunan Sumber Manusia Perkhidmatan Sistem Maklumat Sektor Awam.

    2. Merancang, mengurus, membangun dan memantau Pelan Pembangunan Kompetensi Perkhidmatan Sistem Maklumat Sektor Awam.

    3. Merancang, mengurus, membangun dan memantau Training Roadmap Perkhidmatan Sistem Maklumat Sektor Awam.

    4. Merancang, mengurus, membangun dan memantau program penempatan khas melalui kolaborasi strategik dengan IPTA, IPTS atau industri dalam serta luar negara.

    5. Menyelaras pemilihan calon bagi program penajaan danlatihan (HLP, JICA, COTI, Biasiswa YDP Agong).

    6. Merancang, mengurus dan melaksana program pembangunan kompetensi teknikal ICT dan umum/insaniah Perkhidmatan Sistem Maklumat Sektor Awam.

    7. Mengurus permohonan bagi Program Pensijilan Profesional  Perkhidmatan Sistem Maklumat Sektor Awam.

Seksyen Kolaboratif Strategik ICT Sektor Awam (SKSI)

    1. Merancang, menyelaras dan melaksana program kolaboratif strategik ICT Sektor Awam dengan pihak akademia dan industri dalam dan luar negara;

    2. Merancang, mengurus dan menyelaras program/aktiviti berkaitan Government Chief Information Officer dalam dan luar negara;

    3. Merancang, mengurus, menyelaras dan menyediakan platform perkongsian idea bagi trend teknologi terkini serta inisiatif pendigitalan Sektor Awam kepada Pengurus ICT dan Chief Digital Officer (CDO) Sektor Awam;

    4. Menyelaras dan memantau Key Performance Indicator (KPI)Generik dan KPI Spesifik Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA) Tier 1,2,3, dan 4;

    5. Menyelaras dan menyediakan input/ maklum balas/ ulasan bagi Kertas Jemaah Menteri, Mesyuarat MJM, Mesyuarat Tertinggi Kerajaan serta program yang merentasi Kementerian/agensi di peringkat Sektor ICT JDN;

    6. Merancang, menyelaras, mengurus setia dan melaksana Mesyuarat Sektor ICT; dan

    7. Menyelaras urusan pentadbiran dan pengurusan di peringkat Sektor ICT.

Seksyen MyDIGITAL  Kluster Kerajaan(SMKK)

    1.  Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana Mesyuarat Jawatankuasa MyDIGITAL Kluster Kerajaan;

    2. Mengurus, menyelaras dan memantau pelaksanaan inisiatif dan program di bawah Kluster Kerajaan bagi Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (RTEDM) dan Dasar 4IR Negara (D4IRN);

    3. Mengurus dan menyelaras input strategik Kluster Kerajaan bagi Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Majlis Ekonomi Digital & 4IR Negara (JKP MED4IRN) dan Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital & 4IR Negara (MED4IRN);

    4. Menyelaras penglibatan JDN dalam inisiatif kluster MyDIGITAL;

    5. Melaksanakan kerjasama strategik dengan MyDIGITAL Corporation (MyDC) Unit Perancamg Ekonomi (EPU) bagi program MyDIGITAL 
      Kluster Kerajaan.

Seksyen Pemantauan Projek dan Pengurusan Kumpulan Wang Amanah ICT (SPPK)

    1.  Memantau, menganalisa dan melaporkan pelaksanaan projek ICT agensi Sektor Awam kepada pengurusan tertinggi sektor awam;

    2. Merancang, mengurus, menyelaras, dan melaksana intervensi ke atas projek-projek ICT Sektor Awam yang bermasalah;

    3. Mengurus,memantau dan melaporkan pelaksanaan program-program Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Projek ICT (KWAICT) kepada Jawatankuasa Teknikal Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Projek ICT Sektor Awam (JTKWAICT);

    4. Merancang dan mengurussetiakan mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Projek ICT (JPPI) dan Jawatankuasa Teknikal Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Projek ICT Sektor Awam (JTKWAICT);

    5. Menentu, memformulasi, menyebarluas, melaksana dan memantau dasar mikro di bawah pemilikan Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT (BSA).

Skip to content