Bahagian Pembangunan Aplikasi

Bahagian Pembangunan Aplikasi (BPA)

    1. Perancangan dan kajian keperluan teknologi, tools, framework dan garis panduan pembangunan sistem aplikasi yang terkini.

    2. Pembangunan, penambahbaikan, pelaksanaan dan penyelenggaraan sistem aplikasi yang merentasi agensi sektor awam dan dalaman JDN.

    3. Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT), Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ICT (JTI) dan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pembangunan Sistem Secara Dalaman (JPPSD).

    4. Penyediaan, penyelarasan, penyelenggaraan dan pelaksanaan perkhidmatan serta bantuan teknikal untuk infrastruktur dan sokongan ICT JDN.

Seksyen Perancangan Teknologi Aplikasi (SPTA)

    1. Mengkaji keperluan teknologi, tools, framework dan garis panduan pembangunan aplikasi termasuk metodologi pembangunan sistem.

    2. Melaksanakan coaching bagi metodologi pembangunan sistem.
      Merangka dan menyelaras keperluan latihan bagi meningkatkan kompetensi dan keupayaan pegawai BPA dalam pembangunan sistem.

    3. Menyelaras perkhidmatan dan pengurusan platform aplikasi mudah alih sektor awam.

    4. Melaksana Program Inovasi Challenge On Innovation And Problem Solving Through Technology Advancement (CHIPTA) bersama Bahagian Kerajaan Digital (BKD) JDN.

    5. Menyelaras permohonan pembangunan sistem aplikasi baharu.

    6. Menyelaras pelaksanaan kajian impak sistem aplikasi.

Seksyen Pembangunan dan Penyelenggraan Aplikasi 1 (SPPA 1)

    1. Mengkaji, mereka bentuk, membangun, menambah baik dan menguji sistem yang merentasi agensi sektor awam dan dalaman JDN.

    2. Melaksana sistem, memberi latihan teknikal dan latihan penggunaan sistem.
    3. Memberi khidmat sokongan teknikal sistem.
    4. Menyelenggara sistem merentas agensi dan sistem dalaman JDN.
    5. Melaksana integrasi dan migrasi sistem.
    6. Melaksana pengurusan projek pembangunan sistem.
    7. Mengendali keurusetiaan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pembangunan Sistem Secara Dalaman (JPPSD).

Seksyen Pembangunan dan Penyelenggraan Aplikasi 2 (SPPA 2)

    1. Mengkaji, mereka bentuk, membangun, menambah baik dan menguji sistem yang merentasi agensi sektor awam dan dalaman JDN.
    2. Melaksana sistem, memberi latihan teknikal dan latihan penggunaan sistem.
    3. Memberi khidmat sokongan teknikal sistem.
    4. Menyelenggara sistem merentas agensi dan sistem dalaman JDN.
    5. Melaksana integrasi dan migrasi sistem.
    6. Melaksana pengurusan projek pembangunan sistem.

  Seksyen Teknologi Maklumat (STM)

    1. Mengenal pasti, merancang, mengurus, memantau, menyelaras, mentadbir dan menyenggara keperluan infrastruktur ICT bagi menyokong operasi JDN.
    2. Menyedia, menyelaras, menyenggara dan melaksana perkhidmatan bantuan teknikal serta sokongan ICT JDN.
    3. Menyelaras, mengurus dan memantau rangkaian dan infrastruktur ICT JDN serta sistem aplikasi JDN.
    4. Melaksana dan menyelaras perolehan dan pengurusan aset ICT JDN.
    5. Merancang, menyelaras, mengurus dan memantau keperluan dan pengoperasian server JDN.
    6. Mengurus, memantau dan mentadbir perkhidmatan e-mel JDN.
    7. Menyelaras, mentadbir dan mengurus keperluan pangkalan data sistem aplikasi JDN.
    8. Mengurus, memantau dan mentadbir sistem aplikasi JDN.
    9. Menyelaras audit keselamatan pengoperasian sistem aplikasi (ISMS).
    10. Membangun, mereka bentuk dan menyelenggara portal dan multimedia.
    11. Mengendalikan keurusetiaan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT).

 

Skip to content