Bahagian Khidmat Pengurusan

Seksyen Sumber Manusia

    1. Merancang pembangunan sumber manusia dari segi keperluan kepakaran, kuantiti dan kualiti berdasarkan Pelan Strategik Sumber Manusia (PSSM).
    2. Melaksanakan penyelidikan kajian dasar dan strategi baharu program pengurusan dan pembangunan sumber manusia.
    3. Merancang, membangun dan melaksanakan pembangunan kompetensi sumber manusia [Training Need Analysis (TNA)], Pelan Operasi Latihan (POL).
    4. Mengurus setiakan Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM), Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan
      dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana, dan Majlis Bersama Jabatan (MBJ).
    5. Bertanggungjawab terhadap pematuhan kualiti dan dasar inovasi di peringkat JDN.

 Seksyen Kewangan

    1. Mengurus, menyedia dan memantau Belanjawan Mengurus dan Pembangunan JDN.
    2. Mengurus setiakan Jawatankuasa Kewangan dan Akaun, Lembaga Pra-Tender JDN dan Jawatankuasa Sebut Harga dan Kumpulan Wang Amanah ICT.
    3. Mengurus pembayaran semua jenis bil dan tuntutan di bawah Belanjawan Mengurus dan Pembangunan.

  Seksyen Pentadbiran

    1. Memastikan pengurusan ruang pejabat dan peralatan pejabat dijalankan dengan teratur dan sempurna.
    2. Memastikan dan menyelaras keselamatan dokumen mengikut Akta Rahsia Rasmi, Arahan Keselamatan dan Akta Arkib Negara.
    3. Menguruskan pelaksanaan DDMS sebagai Agensi Perintis DDMS di Malaysia. 
    4. Merancang dan melaksanakan semua hal-hal pentadbiran dalaman JDN.
    5. Memastikan setiap aset yang diterima menepati spesifikasi yang ditetapkan, kualiti dan kuantiti yang dipesan mengikut pesanan dan aset yang diterima dalam keadaan baik, sempurna dan selamat untuk digunakan.
    6. Memastikan setiap barang stor yang diterima menepati spesifikasi yang ditetapkan, kualiti dan kuantiti yang dipesan mengikut pesanan dan barang stor yang diterima dalam keadaan baik, sempurna dan selamat untuk digunakan.        

 
Unit Inovasi dan Kualiti

    1. Mengurusetiakan hal-hal berkaitan pengurusan kualiti dan pengurusan inovasi dan kreativiti di peringkat JDN.     



Skip to content