Unit Pengurusan Projek ICT, Jabatan Digital Negara (JDN) menawarkan perkhidmatan khidmat rundingan dan khidmat nasihat dalam membantu agensi merancang dan mengurus projek ICT serta pembangunan kompetensi pengurusan projek ICT berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Projek ICT Sektor Awam (PPrISA) yang telah dibangunkan untuk rujukan agensi sektor awam.
Garis panduan ini merangkumi empat fasa iaitu Fasa Permulaan, Fasa Perancangan, Fasa Pelaksanaan & Kawalan dan Fasa Penamatan Projek.
Skop Khidmat Rundingan & Khidmat Nasihat:
Pembangunan Kompetensi:
Sejak 2020 sehingga 2025, sebanyak 68 khidmat rundingan, 85 khidmat nasihat dan 6 boot camp pengurusan projek ICT berdasarkan panduan PPrISA telah dilaksanakan.
Skop Khidmat Rundingan & Khidmat Nasihat:
1. Perancangan Projek ICT: Membantu dalam perancangan projek termasuk penyediaan pelan pengurusan projek, jadual pelaksanaan, dokumen kontrak dan dokumentasi berkaitan.
2. Pemantauan Projek ICT: membantu agensi dalam pelaksanaan dan kawalan projek yang meliputi pengurusan risiko, pengurusan isu, pengurusan komunikasi dan perkara berkaitan pelaksanaan projek.
3. Jaminan Kualiti : Membantu agensi dalam memastikan kualiti serahan pengurusan projek mematuhi PPrISA dan amalan terbaik pengurusan projek.
4. Menangani Isu/Masalah: Kerjasama strategik bersama agensi bagi menangani isu-isu dalam pengurusan dan pelaksanaan projek ICT.
Pembangunan Kompetensi:
1. Boot Camp PPrISA: taklimat dan sesi hands-on anjuran Unit Pengurusan Projek, JDN bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan projek ICT pegawai sektor awam.
2. Khidmat Kepakaran: Menyediakan khidmat penceramah dan fasilitator bagi Garis panduan PPrISA berdasarkan permohonan agensi.
Sejak 2020 sehingga 2025, sebanyak 68 khidmat rundingan, 85 khidmat nasihat dan 6 boot camp pengurusan projek ICT berdasarkan panduan PPrISA telah dilaksanakan.
JDN menyediakan Khidmat Perundingan Keselamatan ICT bagi memantapkan lagi perlindungan keselamatan dan pembangunan infrastruktur ICT Kerajaan. JDN menyediakan kemudahan khidmat perunding mengenai isu-isu keselamatan ICT seperti berita, artikel, advisories dan tools yang terkini, penemuan dan pengendalian insiden serta penyediaan dasar dan pengurusan keselamatan ICT.
Secara umumnya Khidmat Perundingan Keselamatan ICT meliputi :