Pengurusan Maklumat (AI) dan Analitik Data Raya
Menyediakan perkhidmatan khidmat rundingan dan khidmat nasihat dalam bidang pengurusan maklumat, kecerdasan buatan (AI) dan Analitik Data Raya (BDA) serta pengadaptasian AI berdasarkan Garis Panduan Pengdaptasian AI Sektor Awam (GPAISA) yang telah dibangunkan untuk rujukan agensi sektor awam.
Skop Khidmat Rundingan & Khidmat Nasihat:
Pembangunan Kompetensi:
Fakta Pantas 2025:
Pengurusan Strategik ICT
Menyediakan khidmat runding dan nasihat dalam pengurusan strategik ICT kepada agensi sektor awam, meliputi Pelan Strategik Pendigitalan (PSP), Kajian Separuh Penggal (KSP) PSP dan Enterprise Architecture (EA) Agensi berdasarkan Garis Panduan Penyediaan Perancangan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PerSPSA) dan Malaysia Government Enterprise Architecture (MyGovEA).
Skop perkhidmatan perundingan pengurusan strategik ICT ialah:
2. Pembangunan EA
3. Pembangunan Kompetensi
Fakta Pantas 2025:
Pengurusan Projek
Menyediakan perkhidmatan khidmat rundingan dan khidmat nasihat dalam membantu agensi merancang dan mengurus projek ICT serta pembangunan kompetensi pengurusan projek ICT berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Projek ICT Sektor Awam (PPrISA) yang telah dibangunkan untuk rujukan agensi sektor awam. Garis panduan ini merangkumi empat fasa iaitu Fasa Permulaan, Fasa Perancangan, Fasa Pelaksanaan & Kawalan dan Fasa Penamatan Projek.
Skop Khidmat Rundingan dan Khidmat Nasihat:
Pembangunan Kompetensi:
Fakta Pantas 2025:
Pembangunan Sistem
Menyediakan khidmat rundingan dan khidmat nasihat dalam membantu agensi membangun dan menguruskan sistem aplikasi serta melaksanakan program kompetensi berkaitan pembangunan sistem berdasarkan Panduan Kejuruteraan Sistem Aplikasi Sektor Awam (KRISA) yang telah dibangunkan untuk rujukan agensi sektor awam. Garis panduan ini merangkumi enam (6) fasa iaitu Fasa Permulaan, Fasa Analisis, Fasa Rekabentuk, Fasa Pembangunan, Fasa Pengujian dan Fasa Pelaksanaan.
Skop Khidmat Rundingan dan Khidmat Nasihat adalah merangkumi:
Melaksanakan kajian dan program penyelidikan berkaitan Pembangunan Sistem seperti pembangunan BRS bagi sistem generik yang akan digunakan oleh agensi-agensi sektor awam.
Melaksanakan program pembangunan keupayaan dan pemindahan ilmu (capacity building) melalui bootcamp, latihan, bengkel, seminar, perkongsian ilmu dan sesi perkongsian kepakaran bagi memperkasa kompetensi pegawai-pegawai Kerajaan dalam bidang Pembangunan Sistem.
Fakta Pencapaian 2025:
Pengurusan Pangkalan Data
Menyediakan khidmat runding dan khidmat nasihat dalam membantu agensi membangun dan menguruskan sistem aplikasi serta melaksanakan program kompetensi berkaitan pengurusan pangkalan data (termasuk integrasi sistem dan migrasi data) berdasarkan Panduan Kejuruteraan Sistem Aplikasi Sektor Awam (KRISA) yang telah dibangunkan untuk rujukan agensi sektor awam. Garis panduan ini merangkumi enam (6) fasa iaitu Fasa Permulaan, Fasa Analisis, Fasa Rekabentuk, Fasa Pembangunan, Fasa Pengujian dan Fasa Pelaksanaan.
Skop Khidmat Rundingan dan Khidmat Nasihat adalah merangkumi:
Pembangunan Kompetensi:
Melaksanakan program pembangunan keupayaan dan pemindahan ilmu (capacity building) melalui bootcamp, latihan, bengkel, seminar, perkongsian ilmu dan sesi perkongsian kepakaran bagi memperkasa kompetensi pegawai-pegawai Kerajaan dalam bidang Pengurusan Pangkalan Data.
Fakta Pencapaian 2025:
Pengurusan Jaminan Kualiti Perisian/ Sistem Aplikasi (SQA)
Menyediakan khidmat perundingan dan khidmat nasihat dalam bidang Pengurusan Jaminan Kualiti Perisian/Sistem Aplikasi (SQA) yang merangkumi aktiviti Pengujian Sistem, Pengujian Fungsian, Pengujian Bukan Fungsian seperti Pengujian Prestasi, Independent Verification and Validation dan kaedah penganggaran kos berdasarkan fungsi sistem menggunakan Function Point Analysis (FPA).
Fakta Pantas 2025:
Pengurusan Pusat Data
Menyediakan khidmat perundingan dan khidmat nasihat dalam bidang Pengurusan Pusat Data, Perkhidmatan Pengkomputeran Awan dan Perkhidmatan Blockchain Sektor Awam (MyGovBC).
2. Khidmat Perundingan dan Khidmat Nasihat Perkhidmatan Pengkomputeran Awan
3. Khidmat Perundingan dan Khidmat Nasihat Perkhidmatan Blockchain as A Service (MyGovBC)
4. Merancang dan melaksanakan program pembangunan keupayaan dan pemindahan ilmu (capacity building) melalui bootcamp, latihan, bengkel, kemaskini teknologi dan sesi perkongsian kepakaran bagi memperkasa kompetensi pegawai-pegawai Kerajaan dalam bidang Pengurusan Pusat Data.
Fakta Pantas 2025:
Pengurusan Rangkaian
Perkhidmatan ini merangkumi sokongan kepada agensi dalam aspek perancangan pembangunan, penyediaan spesifikasi teknikal dan dokumen perolehan, pelaksanaan migrasi serta pengoperasian rangkaian secara terancang dan berdaya tahan, dengan
mengambil kira keseluruhan keperluan dan komponen rangkaian seperti berikut:
i. Perancangan Reka Bentuk Rangkaian
ii. Penyelesaian Masalah
iii. Pemantauan Prestasi
iv. Pengurusan Konfigurasi
v. Keselamatan Rangkaian
2. Melaksanakan program pembangunan keupayaan dan pemindahan ilmu (capacity building) melalui bootcamp, latihan, bengkel, kemaskini teknologi dan sesi perkongsian kepakaran bagi memperkasa kompetensi pegawai-pegawai Kerajaan dalam bidang Pengurusan dan Operasi Rangkaian.
Fakta Pantas 2025
Pengurusan Keselamatan Maklumat
Menyediakan khidmat perundingan dan khidmat nasihat dalam pengurusan keselamatan maklumat kepada agensi kerajaan yang meliputi skop Polisi Keselamatan Siber (PKS) Agensi/Jabatan, Pelan Pengurusan Keselamatan Maklumat (Information Security Management Plan, ISMP), penilaian tahap keselamatan rangkaian dan sistem ICT (SPA), Pelan Pemulihan Bencana ICT (Disaster Recovery Plan, DRP) dan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISO/IEC 27001 ISMS).
Skop Khidmat Perundingan & Khidmat Nasihat:
1. Polisi Keselamatan Siber (PKS)
2. Pelan Pengurusan Keselamatan Maklumat (Information Security Management Plan, ISMP)
3. Khidmat perundingan dan khidmat nasihat dalam Penilaian dan Pematuhan Keselamatan Siber
4. Pelan Pemulihan Bencana ICT (Disaster Recovery Plan, DRP)
Fakta Pantas 2025: