Bahasa Malaysia

Bahasa Inggeris


Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat

Seksyen Hubungan Antarabangsa

  1. Menyelaras maklumbalas, ulasan dan input berkaitan hubungan dua hala (bilateral) dan pelbagai hala (multilateral) dan memorandum persefahaman (MOU).
  2. Menyelaras urusan rasmi lawatan luar negara JDN dan penerimaan kunjung hormat rasmi delegasi kerajaan asing.
  3. Menyelaras penyediaan ikhtisar dan nota percakapan berkaitan transformasi pendigitalan bagi program rasmi peringkat antarabangsa melibatkan YAB Perdana Menteri, YAB Timbalan Perdana Menteri, YB Menteri Digital,Ketua Pengarah JDN serta lain-lain ketua delegasi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  4. Memproses permohonan kelulusan keluar negara bertugas rasmi YBhg. Ketua Pengarah JDN dan pegawai-pegawai JDN.
  5. Menguruskan persidangan antarabangsa JDN yang pertama iaitu SmartGov Malaysia 2025.

 

Seksyen Perancangan Strategik

  1. Merancang dan menyelaras penyediaan Pelan Strategik JDN.
  2. Memantau pencapaian Pelan Strategik JDN.
  3. Menyelaras semakan dan kajian semula Pelan Strategik JDN.
  4. Merancang dan menyelaras penyediaan Pelan Risiko JDN.
  5. Menyelaras pengurusan risiko berdasarkan Pelan Risiko JDN.
  6. Menyelaras penyediaan Laporan Pencapaian Pelan Strategik JDN.
  7. Merancang, menyelaras dan melaksana keurusetiaan Mesyuarat Pengurusan JDN.

 Unit Pentadbiran

  1. Menguruskan pentadbiran merangkumi urusan sumber manusia, kewangan, pentadbiran dan rekod.

Seksyen Pameran, Multimedia dan Perpustakaan

  1. Menyelaras dan mengurus kandungan portal JDN.
  2. Mengurussetia Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kandungan Portal JDN.
  3. Menyedia, mengurus, memantau, mengemaskini kandungan bagi mengenai Inisiatif, Program dan Aktiviti JDN bagi promosi dan hebahan.
  4. Menyelaras dan menyediakan rekaan grafik bagi Promosi, Korporat dan Penerbitan JDN.
  5. Menyelaras penugasan fotografi bagi program dan aktiviti JDN.
  6. Menyelaras dan mengurus penyertaan JDN dalam aktiviti pameran anjuran Jabatan atau agensi luar.
  7. Menyedia kandungan media bagi paparan di lobi.
  8. Menyelaras dan menyediakan penerbitan buletin, laporan tahunan dan penerbitan-penerbitan
    berkala JDN.
  9. Menyelaras dan menyediakan perkhidmatan live streaming program jabatan di platform media.
  10.  

Unit Perpustakaan

  1. Menguruskan dan merancang pembinaan koleksi,
  2. Mengurus,merancang dan menyelaras perkhidmatan perpustakaan dan aktiviti galakan membaca bagi merealisasikan kepentingan pembelajaran sepanjang hayat.
  3. Melaksanakan pelaksanaan sistem berkomputer di perpustakaan bagi memastikan perkhidmatan perpustakaan berjalan dengan lancar dengan kelengkapan ICT.
  4. Merancang keperluan bajet tahunan Perpustakaan.
  5.  

Seksyen Korporat dan Hubungan Awam

  1. Mengurus dan memantau hal ehwal korporat.
  2. Mengurusetia dan memantau pelaksanaan sesi kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah JDN / JDN oleh agensi kerajaan dan swasta.
  3. Merancang, menyelaras dan mengurus perolehan cenderamata korporat JDN.
  4. Menyelaras permohonan cenderamata korporat JDN kepada pelawat dalam dan luar negara dan kepada peserta / pengunjung bagi aktiviti-aktiviti anjuran JDN.
  5. Menyelaras dan memantau Pengurusan Aduan JDN melalui SISPAA.
  6. Menyelaras perancangan publisiti melalui akhbar dan media elektronik mengenai program,aktiviti, kempen dan lain-lain.
  7. Mengemaskini, memantau dan menilai pematuhan Piagam Pelanggan JDN.
  8. Mengendalikan aktiviti perhubungan awam seperti hebahan, berita dan informasi terkini kerajaan kepada warga JDN dan agensi sektor awam lain melalui e-mel dan media sosial.
  9. Memantau Pegawai Khidmat Pelanggan (PKP) di kaunter Khidmat Pelanggan JDN.
  10. Menyediakan dan menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan Luaran JDN.
  11. Menyelaras permohonanan cap dagang bagi perkhidmatan / produk JDN.
  12. Merancang dan menyelaras penghasilan dan perolehan kalendar korporat JDN.
  13. Melaksanakan Hari Bertemu Pelanggan JDN.
     

Seksyen Penyelarasan Dasar Pendigitalan (Digital Policy Coordination Section)

Unit Penyelarasan Dasar

  1. Merancang, mengurus dan menyelaras dasar teknikal digital selaras dengan pembangunan digital negara dengan pihak berkepentingan.
  2. Mengkaji semula, menilai dan mengemukakan syor dasar teknikal digital untuk penambahbaikan dasar sedia ada selaras dengan perkembangan pendigitalan semasa.
  3. Membangun arahan dalaman berkaitan dasar bagi memudah cara pengurusan dasar.
  4. Menyelaras dan memantau pematuhan tata cara pekeliling berkaitan yang sedang berkuat kuasa.

Unit Hal-Ehwal Parlimen dan Perhubungan

  1. Mengurus, merancang, menyelaras perkara-perkara berkaitan dengan urusan hal-ehwal Parlimen.
  2. Menyelaras maklum balas dan input ke atas usul-usul yang diterima daripada Parlimen.
  3. Menyelaras jawapan bagi soalan Parlimen (Dewan Rakyat dan Dewan Negara).
  4. Menyelaras hebahan maklumat mengenai dasar pendigitalan kepada agensi Kerajaan.
  5. Mengurus repositori dasar Jabatan Digital Negara.
  6. Menyelaras Ulasan Teknikal bagi Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik [Akta 680].