Bahasa Malaysia

Bahasa Inggeris


Bahagian Pembangunan Aplikasi

Fungsi Bahagian Pembangunan Aplikasi

    1. Merancang, menyedia dan melaksana penyelesaian teknologi yang inovatif melalui pembangunan aplikasi dan platform digital bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti perkhidmatan digital kerajaan.
    2. Merancang, mengurus, membangun, melaksana, menambah baik, menyenggara dan menyelia aplikasi berdasarkan keperluan sektoral dan generik merentas agensi bagi perkhidmatan kepada rakyat.
    3. Merancang, mengurus dan menyelenggara infrastruktur aplikasi agar dapat beroperasi dengan optimum.
    4. Merancang dan mengurus keperluan teknologi, tools, framework untuk pembangunan sistem aplikasi.
    5. Mengurus setia Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Sistem Secara Dalaman (JPSD).
    6. Merancang, mengurus dan menyelaras pembangunan gerbang perkhidmatan digital kerajaan sebagai saluran utama penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. 

Seksyen Pengurusan Aplikasi

    1. Menyelaras dan mengurus permohonan pembangunan sistem baharu.
    2. Mengenal pasti, merancang dan menyediakan dokumen pemulaan projek, kertas kelulusan teknikal dan keperluan bajet sama ada melalui kaedah perolehan daripada pembekal atau pembangunan menggunakan kepakaran dalaman.
    3. Menyelaras, mengurus, melaksana dan memantau perolehan aplikasi serta mentadbir  kontrak pembangunan sistem.
    4. Menyelaras dan mengurus sesi libat urus dengan pemilik sistem berkaitan dengan keperluan sistem.
    5. Mengurus setia Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Sistem Secara Dalaman (JPSD).
    6. Merancang, mengurus dan melaksanakan latihan kepada pentadbir dan pemilik sistem.
    7. Merancang, mengurus dan melaksanakan program pengurusan perubahan bagi sistem yang telah dibangunkan.
    8. Merancang, mengurus dan menyediakan dokumen standard operasi pelaksanaan sistem.
    9. Mengenal pasti dan menganalisis pengalaman pengguna ke arah penambahbaikan penyampaian perkhidmatan digital kerajaan.
    10. Merancang dan mengurus keperluan operasi dan meja bantuan bagi menyokong pelaksanaan sistem.
    11. Mengurus, memantau dan melaksanakan meja bantuan 1st dan 2nd level support  serta memberi khidmat nasihat teknikal sistem secara berpusat.

Seksyen Pengoperasian Aplikasi

    1. Menyelaras dan mengurus sesi libat urus dengan pemilik sistem berkaitan dengan keperluan sistem.
    2. Merancang, mengkaji, mengenal pasti dan menyedia keperluan aplikasi dan infrastruktur yang akan digunakan.
    3. Merancang, menganalisa dan mereka bentuk aplikasi dan pangkalan data termasuk keperluan integrasi dan migrasi data.
    4. Merancang, mengenal pasti dan mereka bentuk antara muka pengguna (UI) bagi pembangunan aplikasi yang intuitif dan mudah digunakan serta interaktif grafik.
    5. Merancang, mengurus dan menyelia keseluruhan pelaksanaan aktiviti pembangunan aplikasi berdasarkan keperluan dan tempoh masa yang telah ditetapkan.
    6. Merancang, membangun dan menambah baik aplikasi serta pangkalan data termasuk bagi tujuan penggantian aplikasi berdasarkan keperluan semasa dan keperluan perubahan teknologi.
    7. Merancang dan melaksana pembangunan integrasi bagi memastikan sistem dalaman/luaran yang terlibat dapat beroperasi secara bersepadu.
    8. Merancang dan melaksanakan migrasi data bagi memastikan kelancaran aliran data dan proses kerja.
    9. Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti pengujian untuk memastikan sistem bebas daripada ralat dan memenuhi standard kualiti yang ditetapkan.
    10. Merancang, mengurus, dan melaksanakan analisis impak terhadap isu atau kecacatan yang ditemui semasa pengujian.
    11. Menyedia, menyemak dan mengesahkan dokumen yang berkaitan dengan pembangunan sistem.
    12. Merancang, mengenal pasti dan menguat kuasa penggunaan kerangka kerja serta piawaian yang telah ditetapkan dari segi pemilihan platform, bahasa pengaturcaraan dan pangkalan data dalam melaksanakan pembangunan aplikasi selaras dengan teknologi terkini.
    13. Mengurus, menyelaras dan memantau operasi perkhidmatan salinan pendua (backup) berada pada tahap optimum dan beroperasi dengan baik.
    14. Merancang, mengurus, mengkonfigurasi, menaiktaraf, melaksana dan memantau  infrastruktur persekitaran Development, Staging, Training dan Production  bagi memastikan sistem berapa pada tahap optimum.
    15. Mengurus dan melaksana aktiviti penyelenggaraan dan sokongan teknikal bagi memastikan sistem beroperasi tanpa gangguan.
    16. Merancang, mengurus dan memantau rangkaian server sistem yang telah dibangunkan.
    17. Merancang, memasang, mengkonfigurasi dan memantau prestasi pangkalan data sistem.
    18. Merancang, mengurus, melaksana dan menyelenggara tools dan framework yang digunakan dalam pembangunan sistem.

Seksyen Gerbang Perkhidmatan Digital Kerajaan

    1. Merancang, mengurus dan menyelaras pembangunan informasi (kandungan) yang inklusif berkonsepkan life event berpaksikan rakyat.
    2. Merancang, mengurus dan menyelaras program promosi dan pengurusan perubahan bagi informasi dan perkhidmatan digital kerajaan.
    3. Merancang, mengurus, menyelaras dan menyenggara gerbang tunggal perkhidmatan digital kerajaan (Portal MyGovernment);
    4. Merancang, mengurus, menyelaras dan memantau pelaksanaan integrasi perkhidmatan digital kerajaan berkonsepkan Whole-of-Government.
    5. Merancang, mengurus, menyelaras Langganan Perkhidmatan Perkomputeran Awan bagi  Portal MyGovernment.

 

 

Skip to content