LATAR BELAKANG JABATAN DIGITAL NEGARA

Jabatan Digital Negara (JDN) ditubuhkan melalui penjenamaan semula Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) pada   12 Disember 2023 dan diletakkan di bawah Kementerian Digital. Penubuhan Jabatan ini sejajar dengan usaha kerajaan untuk memperkukuh pendigitalan sektor awam serta mempercepatkan transformasi digital negara.

  Sebagai agensi tunggal dalam agenda pendigitalan perkhidmatan kerajaan, JDN bertanggungjawab merancang, menyelaras, dan melaksanakan dasar serta inisiatif digital bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Jabatan ini juga berperanan sebagai penasihat teknikal kepada agensi kerajaan dalam aspek perancangan strategik, pembangunan sistem, serta pemantapan tadbir urus digital.

Melalui pendekatan Whole of Government (WoG), JDN menerajui pembangunan perkhidmatan digital yang lebih cekap, pintar, dan selamat. Inisiatif seperti GovTech, analitik data strategik, serta perkongsian infrastruktur digital antara agensi menjadi teras kepada peranan JDN dalam memperkasakan kerajaan digital mampan. Dengan visi dan misi yang jelas, JDN terus komited dalam memacu pendigitalan perkhidmatan kerajaan ke arah masyarakat digital yang lebih inklusif dan cekap.

VISI DAN MISI JABATAN

VISI

MISI

FUNGSI JABATAN

Skip to content