Bahasa Malaysia

Bahasa Inggeris


Rancangan Pendigitalan Sektor Awam
(RPSA) 2026 - 2030

Rancangan Pendigitalan Sektor Awam (RPSA) 2026 – 2030 merupakan rancangan menyeluruh yang mencorakkan hala tuju pendigitalan sektor awam untuk tempoh lima tahun. RPSA 2026 – 2030 adalah panduan kepada Ketua Jabatan dalam menyediakan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) semua agensi kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan. RPSA 2026-2030 menggalas tiga kepentingan utama dalam merealisasikan matlamat pendigitalan keseluruhan Kerajaan iaitu menyokong aspirasi Government Technology (GovTech) dan Keseluruhan Kerajaan (Whole-of-Government, WoG), menyumbang kepada matlamat Negara AI dan memangkin pembangunan fizikal dan kedaulatan data negara.

Sinopsis RPSA 2026 – 2030 pula merupakan ringkasan kepada dokumen penuh RPSA yang disediakan sebagai makluman dan rujukan awal kepada semua agensi sektor awam dalam pembangunan PSP di peringkat agensi masing-masing. PSP juga perlu selari dengan hala tuju strategik agensi yang mengambil kira keperluan perkhidmatan jabatan dan perkembangan teknologi digital terkini.

BUKU RUJUKAN AGENSI

Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025

Sinopsis Rancangan Pendigitalan Sektor Awam 2026-2030

 Maklumat Lanjut:

Ketua Pengarah
Jabatan Digital Negara
Aras 1-6, Bangunan MKN Embassy Techzone,
Blok B, No.3200 Jalan Teknokrat 2
63000 Cyberjaya, Sepang
Selangor Darul Ehsan

(u.p.: Pengarah, Bahagian Perundingan
Digital)

No. Telefon: 603 – 8000 8000
No. Faksimili : 03- 887 23163