Polisi ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Jabatan Digital Negara (JDN).
Jabatan Digital Negara sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan Jabatan Digital Negara untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur.
Objektif penyertaan ini adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Antara saluran komunikasi yang digunakan adalah seperti Undian Portal, Penyertaan Umum, Maklum balas Portal (Maklum balas/penyertaan/aduan/cadangan, Kajian Kepuasan Pelanggan dan Media Sosial JDN iaitu Facebook, Twitter dan Youtube.
Jabatan Digital Negara amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut: