Senarai Pegawai Perkhidmatan Sistem Maklumat Yang Telah Mendapat Pengiktirafan Teknologis Profesional (Ts.) dan Juruteknik Bertauliah (Ts.)

 

Latar Belakang

Jabatan Digital Negara (JDN) melaksanakan inisiatif hebahan senarai Pegawai Perkhidmatan Sistem Maklumat yang telah memperoleh pengiktirafan Teknologis Profesional (Ts.) dan Juruteknik Bertauliah (Tc.) daripada Malaysian Board of Technologists (MBOT). Pengiktirafan ini menggambarkan tahap kemahiran teknikal pegawai yang boleh dimanfaatkan dalam menyokong pelaksanaan penyampaian perkhidmatan digital kerajaan.

Hebahan ini turut memberi peluang kepada kementerian dan agensi sektor awam untuk mendapatkan maklumat berkaitan Pegawai Perkhidmatan Sistem Maklumat yang berkemahiran tinggi bagi tujuan penglibatan mereka dalam pelaksanaan projek digital mengikut tahap kompetensi masing-masing. Langkah ini dapat memastikan kemahiran teknikal pegawai yang diiktiraf dapat dimanfaatkan dalam pelaksanaan perkhidmatan digital kerajaan.

Objektif

    1. Memaklumkan senarai rasmi Pegawai Perkhidmatan Sistem Maklumat sektor awam yang memiliki pengiktirafan Ts. dan Tc. bagi memudahkan rujukan kementerian/agensi.

    2. Menyokong pengoptimuman pengalaman dan kepakaran dengan memastikan pegawai yang mempunyai kemahiran teknikal dapat dimanfaatkan dalam pembangunan dan pelaksanaan projek digital

    3. Membolehkan pelantikan pegawai (dengan persetujuan penyelia) sebagai Ahli Jawatankuasa Teknikal Projek, Ahli Jawatankuasa Penyediaan Spesifikasi dan peranan teknikal lain yang berkaitan mengikut kesesuaian dan kemahiran pegawai; dan

    4. Memperkasa ekosistem modal insan digital sektor awam melalui pengiktirafan profesional yang menonjolkan kemahiran pegawai dalam bidang masing-masing.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada: 

Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur Digital (BSA)
Blok B, Bangunan MKN Embassy Techzone,
N0. 3200, Jalan Teknokrat 2,
63000 CYBERJAYA, SELANGOR

No. Telefon : 03 – 8000 8000
E-mel : kerjaya.ict@jdn.gov.my

Skip to content