Bahasa Malaysia

Bahasa Inggeris

HEBAHAN PELAWAAN PENCALONAN UNTUK MENGIKUTI PROGRAM BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA)

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

  1.  Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Biasiswa Yang Dipertuan Agong (BYDPA) atau dikenali sebagai King’s Scholarshiptelah dibuka. Ia merupakan program biasiswa yang paling berprestij di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menaja warganegara Malaysia yang cemerlang dalam bidang akademik dan bukan akademik untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah lanjutan (Sarjana dan Kedoktoran) di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia dan bidang-bidang strategik yang membawa manfaat besar kepada negara.

  2.  Justeru, JPA mempelawa pegawai yang berminat dan berkelayakan untuk memohon BYDPA Tahun 2026 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana (Penyelidikan) atau Doktor Falsafah (Ph.D) secara sepenuh masa dalam bidang-bidang berikut:

(i) Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM);
(ii) Ekonomi;
(iii) Undang-undang;
(iv) Kewangan Islam; dan 
(v) Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence).

  1.  Permohonan boleh dikemukakan dengan melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui portal https://penajaan.jpa.gov.my/sehingga 9 Mac 2026. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun, dicetak dan ditandatangani oleh pemohon serta perlu ditandatangani serta dicop rasmi oleh Ketua Jabatan di ruangan perakuan. Salinan tersebut TIDAK DIKETIP/ DIJILID tetapi hanya DIKLIP sahaja. Hanya permohonan yang lengkap akan diproses. Dokumen yang perlu disertakan bagi permohonan ini adalah seperti berikut: 

          a. borang JPA(L)LDP1A/96 yang telah dilengkapkan sepenuhnya dan ditandatangani oleh PPSM masing-masing;

          b. salinan ijazah pertama atau setaraf (skrol dan transkrip yang disahkan oleh pegawai yang berkelayakan bagi permohonan 
             peringkat Sarjana dan Ph.D); 
         
         c. salinan Ijazah Sarjana atau setaraf (skrol dan transkrip yang telah disahkan oleh pegawai berkelayakan bagi permohonan Peringkat
             Ph.D); 

        d. surat tawaran tanpa syarat (uncondiitional offer) daripada universiti/institusi pengajian atau slip/ pengesahan pendaftaran
            semester pertama pengajian;

         e. salinan sijil, surat atau apa-apa pembuktian/pengesahan penglibatan dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif (wajib
             untuk Ph.D);

          f. salinan sijil, surat atau apa-apa pembuktian / pengesahan penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum / aktiviti kemasyarakatan yang
             disahkan; 

          g. kertas cadangan penyelidikan(Research Proposal) dalam bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris untuk pengajian di luar negara;

          h. penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif serta penglibatan dalam aktiviti kokurikulum/kemasyarakatan/sukan seperti di Lampiran                5;

           i. salinan surat akuan pinjaman pendidikan;

           j. salinan Buku Perkhidmatan Kerajaan;

           k. salinan surat pengisytiharan harta; dan

           l. salinan borang pengesahan maklumat tatatertib.

  1.     Borang permohonan yang telah lengkap berserta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah diperaku oleh Ketua Jabatan dan
        dikemukakan selewat-lewatnya pada 4 Mac 2026 (Rabu) jam 5.00 petang kepada: 

                  Bahagian Khidmat Pengurusan
                  Jabatan Digital Negara
                  Aras 4, Blok D, MKN Embassy Techzone
                  Jalan Teknokrat 2
                  63000 Cyberjaya
                      (u.p: Subseksyen Latihan)

  1.   Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, YBrs. Ts. Dr./Dr./Ts./tuan/puanboleh menghubungi urus setia seperti berikut:   

Urus Setia JDN

Urus Setia BYDPA 

1. Puan Noor Addillah binti Shueef
addilah.shueef@jdn.gov.my

2. Puan Nur Syafiqah Aziera bt Nazaha
syafiqahaziera@jdn.gov.my

Urus setia di Bahagian Modal Insan JPA di talian 
03-88853569/ 3571/3438 atau 
penawaranldp@jpa.gov.my.

Perhatian dan kerjasama YBrs. Ts. Dr./Dr./Ts./tuan/puan dalam perkara ini adalah dihargai. 

Sekian, terima kasih. 

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

Subseksyen Latihan 
Seksyen Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan
Jabatan Digital Negara
Kementerian Digital
Aras 6, Bangunan MKN Embassy Techzone     
Blok B, No. 3200 Jalan Teknokrat 2
63000 CYBERJAYA
(03-8872 5163)
unitlatihan@jdn.gov.my 
www.jdn.gov.my