Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur Digital (BSA), Jabatan Digital Negara (JDN) telah menganjurkan Bengkel Persediaan Pelaksanaan Laluan Pakar Bidang Khusus (SME) Perkhidmatan Sistem Maklumat (ICT) pada 13 hingga 15 Februari 2026 bertempat di Resort World Langkawi, Pulau Langkawi, Kedah. Program ini telah disertai oleh YBrs. Ts. Nik Zalbiha binti Nik Mat, Ketua Pengarah JDN, YBrs. Encik Ibrahim bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah I JDN serta wakil Perunding ICT, Pengurus ICT Kementerian yang terpilih, Pegawai Sumber Manusia Bahagian Khidmat Pengurusan JDN dan pegawai dari Sektor Pengiktirafan & Pembangunan Kepakaran (ERD), Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi merancang, menyelaras dan membangunkan rangka kerja dan pelan tindakan untuk pembangunan SME ICT. Objektif bengkel ini berjaya dicapai melalui penyelarasan mandat pengurusan tertinggi JDN dengan ketetapan dan dasar JPA dalam membangunkan rangka kerja pelaksanaan laluan SME ICT.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada para peserta yang telah bersama-sama menjayakan bengkel ini.