19 Ogos 2025 – JKPTG telah membuat lawatan kerja ke Pusat Pemulihan Bencana di Pusat Data Sektor Awam (PDSA), Jabatan Digital Negara (JDN) Bandar Baru Enstek pada 18 Ogos lalu.
Lawatan tersebut bertujuan menjalinkan kerjasama strategik JKPTG-JDN dalam mengurus keselamatan maklumat serta memastikan kesinambungan perkhidmatan sekiranya berlaku bencana dan memberi pendedahan mengenai peranan, fasiliti dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh MyGovCloud@PDSA.
Rombongan 11 pegawai ini diketuai oleh Abdul Aziz bin Mohd Johdi, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Kemajuan Pengurusan dan Perundangan (SKPP), JKPTG.
Ts Norazura binti Mohd Nor, Ketua Unit Perkhidmatan Pemulihan Bencana menyampaikan taklimat ringkas mengenai pengurusan PDSA dari aspek teknikal dan keselamatan data.
Turut hadir, Izheir Azam Ibrahim Rais, Timbalan Pengarah Seksyen Private Cloud, Sokongan dan Cawangan PDSA; Ts Nazri Nordin dari Unit Sokongan Teknikal Enstek; Ts Norazura binti Mohd Nor dan Mohd Riduan Alias dari Unit Perkhidmatan Pemulihan Bencana.
Rombongan JKPTG turut dibawa meninjau kemudahan infrastruktur serta pendekatan pemulihan bencana data yang dilaksanakan di PDSA. Sebagai agensi penyelidikan yang mengurus data sensitif, pendedahan ini penting bagi memperkukuh tahap kesiapsiagaan JKPTG dalam menghadapi sebarang insiden ICT.
Perkongsian maklumat dan amalan terbaik semasa sesi lawatan ini dijangka dapat membantu JKPTG merangka strategi pengurusan infrastruktur ICT yang lebih mantap, selari dengan aspirasi transformasi digital sektor awam.
Jabatan Digital Negara
Aras 1-6,
Bangunan MKN Embassy Techzone
Blok B, No. 3200
Jalan Teknokrat 2
63000 Cyberjaya, Sepang
Selangor Darul Ehsan
Tel : 603-8000 8000
E-mel: webmasterjdn@jdn.gov.my
Pelawat Hari Ini : 113
Jumlah Pelawat : 93081
Jumlah Capaian : 1278174
Laman ini sesuai dipapar mengunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768