Persidangan Ketua Pegawai Digital Sektor Awam 2025 (CDO CONVEX 2025) bertemakan “Pemimpin Digital Cerdas dan Tangkas Era Baharu” telah berlangsung dengan jayanya pada 30 Jun 2025 (Isnin) di Hotel The Everly Putrajaya.
CDO CONVEX 2025 menjadi platform yang perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik dalam transformasi digital dengan mengetengahkan peranan dan kepimpinan pemimpin digital khususnya CDO Sektor Awam dalam memperkasa agenda pendigitalan negara.
YBrs. Ts. Nik Zalbiha binti Nik Mat, Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara selaku penganjur CDO CONVEX 2025 telah mengalu-alukan kehadiran seramai lebih kurang 500 orang peserta dan jemputan persidangan ini yang terdiri daripada kalangan Ketua Pegawai Digital (CDO); pengurus ICT; wakil pengurusan daripada agensi berkaitan; pembentang; ahli panel serta pempamer dari pihak kerajaan, industri dan akademia.
Majlis perasmian CDO CONVEX 2025 telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara yang turut dihadiri oleh YBhg. Tuan Fabian Bigar, Ketua Setiausaha Kementerian Digital serta Ketua-ketua Sektor Perkhidmatan Digital iaitu YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood,Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia dan YBhg. Dato’ Raja Nushirwan bin Zainal Abidin, Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara.
Peserta secara fizikal dan dalam talian (YouTube dan Facebook rasmi JDN) telah berpeluang mendengar lima sesi pembentangan dan dua sesi perbincangan panel yang melibatkan pakar dan tokoh pemimpin daripada pihak kerajaan dan industri. JDN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan CDO CONVEX 2025.
Maklumat lanjut bagi pengisian CDO CONVEX 2025 boleh dicapai melalui Portal CDO CONVEX 2025 https://www.jdn.gov.my/cdoconvex2025/
Jabatan Digital Negara
Aras 1-6,
Bangunan MKN Embassy Techzone
Blok B, No. 3200
Jalan Teknokrat 2
63000 Cyberjaya, Sepang
Selangor Darul Ehsan
Tel : 603-8000 8000
E-mel: webmasterjdn@jdn.gov.my
Pelawat Hari Ini : 187
Jumlah Pelawat : 66336
Jumlah Capaian : 1416751
Laman ini sesuai dipapar mengunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768