Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur Digital (BSA), Jabatan Digital Negara (JDN) telah mengadakan Program Temu Wicara Ikon: Nada Kepimpinan Digital pada 7 Julai 2025 bertempat di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya Selangor. Program yang diadakan separuh hari ini dihadiri oleh 30 orang Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) Gred F14 dari pelbagai Kementerian/Jabatan/Agensi dan Pengurusan Tertinggi JDN.
Program Temu Wicara Ikon: Nada Kepimpinan Digital merupakan program bual bicara perkongsian ilmu antara ikon penyampai jemputan dengan peserta yang bertujuan untuk membangun dan meningkatkan daya kepimpinan digital personel ICT yang merupakan antara inisiatif teras “Pemerkasaan dan Penyegaran Modal Insan” di bawah Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021-2025 serta Pelan Kerjaya Perkhidmatan Sistem Maklumat (PKPSM) 2023-2025.
Dua orang ikon iaitu YBhg. Datuk Suhaimi bin Sulaiman, Ketua Pengarah Penyiaran, Jabatan Penyiaran Malaysia dan YBhg. Dato’ Dr. Nor Aliah binti Mohd Zahri, mantan Timbalan Ketua Pengarah (ICT), MAMPU telah dijemput untuk berkongsi ilmu, pengalaman, motivasi dan inspirasi dalam meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kerajaan melalui pemantapan pengurusan dan kepimpinan digital.
YBhg. Datuk Suhaimi bin Sulaiman menerangkan tentang keperibadian kepimpinan yang perlu mengandungi ciri-ciri seperti ‘Brand’ (jenama peribadi mereka sendiri), berani untuk menonjol, mempunyai personaliti dan keperibadian yang baik, berkredibiliti, mengurus persepsi dengan baik, berani untuk menjadi ‘lain daripada yang lain’, ketegasan dalam kepimpinan (tidak perlu terlalu garang) dan sentiasa mempunyai pemikiran dan idea yang segar.
Manakala YBhg. Dato’ Dr. Nor Aliah binti Mohd Zahri pula telah menyampaikan perkongsian yang menyentuh beberapa perkara penting di mana pemimpin masa kini perlu bersedia mendepani cabaran transformasi digital bukan hanya dari sudut teknikal, tetapi turut melibatkan perubahan budaya kerja serta berupaya untuk merangka strategi agar penyampaian perkhidmatan Kerajaan dapat diterima oleh pengguna/rakyat.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada ikon penyampai jemputan dan para peserta yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Tahniah dan terima kasih.
Dikongsikan bersama pautan tersebut di media sosial Jabatan Digital Negara.
Jabatan Digital Negara
Aras 1-6,
Bangunan MKN Embassy Techzone
Blok B, No. 3200
Jalan Teknokrat 2
63000 Cyberjaya, Sepang
Selangor Darul Ehsan
Tel : 603-8000 8000
E-mel: webmasterjdn@jdn.gov.my
Pelawat Hari Ini : 70
Jumlah Pelawat : 78731
Jumlah Capaian : 1416983
Laman ini sesuai dipapar mengunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768