Menyedari hakikat ini, pihak Kerajaan berpandangan telah tiba masanya, agar Malaysia mempelajari dan mempraktikkan amalan dan tadbir urus terbaik, dengan izin, best practices and good governance sepertimana yang dipraktikkan di seluruh dunia dalam memastikan perkongsian data antara sektor awam mempunyai struktur tadbir urus perkongsian data yang lebih sistematik setara dengan perundangan lain di peringkat global.
JDN akan mengeluarkan Garis Panduan bagi menerangkan peranan setiap agensi dalam melaksana RUU Perkongsian Data ini supaya agensi dapat merancang keperluan dan keupayaan yang diperlukan. Panduan akan memperincikan mekanisme perkongsian data sebagai rujukan agensi pembekal dan penerima data. Selain itu adalah bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan juga sebagai check and balance.