Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membuka pelawaan kepada Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) untuk memohon Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) Tahun 2026. Program ini bertujuan meningkatkan tahap pendidikan PKP dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan dengan memberi tumpuan kepada pembangunan kompetensi, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengajian yang diikuti menerusi pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa.
PKP yang berminat dan berkelayakan boleh mengemukakan permohonan dengan melengkapkan borang secara dalam talian melalui portal https://penajaan.jpa.gov.my bermula 16 Mac 2026 hingga 17 April 2026. Bersama-bersama ini dikemukakan dokumen di lampiran untuk rujukan dan perhatian YBrs. Ts. Dr./Dr./Ts./Tuan/Puan seperti berikut:
a. Notis Iklan PKPP 2026;
b. Lampiran A: Senarai Bidang Pegajian PPKP Tahun 2026;
c. Lampiran B & C : Senarai Universiti Awam dan Politenik terpilih; dan
d. Lampiran 1: Syarat dan tatacara permohonan.
a. salinan sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SPMV) ;
b. salinan salinan Diploma/Diploma TVET/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/A-Level/Matrikulasi yang
disahkan;
c. salinan surat tawaran pengajian di peringkat ijazah Sarjana Muda atau Diploma melalui saluran perdana sahaja (bagi yang telah mendapat
tawaran tetapi belum memulakan pengajian) atau slip/bukti permohonan kemasukan pengajian melalui saluran perdana (bagi yang masih
belum mendapat tawaran pengajian yang disahkan oleh pegawai berkelayakan;
d. salinan keputusan Malaysian University English Test (MUET);
e. salinan slip akreditasi MQA ke atas kursus yang dimohon oleh PKP yang disahkan oleh pegawai berkelayakan;
f. salinan surat lantikan ke Perkhidmatan Awam Persekutuan yang disahkan oleh pegawai berkelayakan;
g. salinan surat akuan pinjaman pendidikan (rujuk Lampiran D); dan
h. salinan surat pengisytiharan harta.
5. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun, dicetak dan ditandatangani oleh pemohon serta mendapat perakuan Ketua Jabatan. Salinan tersebut TIDAK DIKETIP/ DIJILID tetapi hanya DIKLIP sahaja. Sila kemukakan dua (2) salinan fotokopi borang tersebut beserta dokumen wajib yang telah disahkan kepada urus setia selewat-lewatnya sebelum atau pada 13 April 2026 (Isnin) jam 12 tengah hari kepada:
Bahagian Khidmat Pengurusan
Jabatan Digital Negara
Aras 4, Blok D, MKN Embassy Techzone
Jalan Teknokrat 2
63000 Cyberjaya
(u.p: Subseksyen Latihan)
Puan Noor Addillah binti Shueef
addilah.shueef@jdn.gov.my
Puan Nur Syafiqah Aziera binti Nazahar
syafiqahaziera@jdn.gov.my
Perhatian dan kerjasama YBrs. Ts. Dr./Dr./Ts./tuan/puan dalam perkara ini adalah dihargai.
Sekian, terima kasih.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
Subseksyen Latihan
Seksyen Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan
Jabatan Digital Negara
Kementerian Digital
Aras 4, Skytech Tower 2
Jalan Teknokrat
63000 CYBERJAYA
03-9078 5988 samb.236
unitlatihan@jdn.gov.my
www.jdn.gov.my
#digitalfirst