Bahasa Malaysia

Bahasa Inggeris


Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur Digital

Fungsi Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur Digital

    1.  Merancang, mengurus, menyelaras dan memantau pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA);
    2. Merancang,mengurus, menyelaras dan melaksana Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ICT Sektor Awam (JTISA);
    3. Merancang, mengurus dan menyelaras Kemajuan Laluan Kerjaya Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat Sektor Awam;
    4. Merancang, mengurus dan menyelaras Program Pembangunan Sumber Manusia Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat Sektor Awam;
    5. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana program kolaboratif dan pengurusan kepimpinan strategik Sektor Awam;
    6. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana Mesyuarat Jawatankuasa Pemodenan dan MyDIGITAL Kluster Kerajaan serta menyelaras pelaporan berkaitan inisiatif MyDIGITAL Sektor Awam; dan
    7. Memantau kemajuan pelaksanaan projek-projek ICT agensi Sektor Awam, mengurus Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Projek ICT Sektor Awam (KWAICT); dan
    8. Melaksanakan perancangan, pengurusan, pelarasan dan memantau program penarafan indeks perkhidmatan dalam talian kerajaan bagi menyokong agenda pendigitalan negara.

Seksyen Pemantauan Pelaksanaan dan Strategik ICT (SPSI)

    1. Merancang, mengurus, menyelaras dan memantau pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA);
    2. Merancang, mengurus dan menyelaras pelaksanaan projek Sistem Pengurusan dan Pemantauan Projek ICT Sektor Awam (ICT PrIMMS); dan
    3. Menyelaras penyediaan input bagi program/ inisiatif pendigitalan JDN di bawah Rancangan Malaysia (RMK)

Seksyen Penilaian Projek ICT (SPPI)

    1. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ICT Sektor Awam (JTISA);
    2. Mengurus dan menyelaras laporan penilaian  cadangan  projek-projek ICT di bawah Rancangan Malaysia;
    3. Mengurus,menyelaras dan memantau  pelaksanaan Sistem Aplikasi Profil  Projek ICT Sektor Awam (PROFIT);
    4. Mengurus dan menyelaras maklumbalas teknikal berkaitan Perolehan dan Penilaian Projek ICT; dan
    5. Memberi khidmat nasihat ke atas Surat Pekeliling Am Bilangan 7 Tahun 2024 yang sedang berkuatkuasa.

Seksyen Pengurusan Kerjaya Perkhidmatan Sistem Maklumat (SPSM)

    1. Merancang,mengurus dan menyelaras Kemajuan Kerjaya Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat selaras dengan pekeliling yang berkuat kuasa;
    2. Merancang, mengurus dan menyelaras Pelan Perancangan Penggantian untuk jawatan strategik laluan perunding Skim Perkhidmatan Pegawai Teknologi Maklumat Sektor Awam;
    3. Merancang, mengurus dan menyelaras pelaksanaan Laluan Pakar Bidang Khusus (SME ICT);
    4. Merancang, mengurus dan menyelaras  pelaksanaan Kumpulan Bakat Digital mengikut Bidang Pengkhususan ICT;
    5. Merancang, mengurus dan menyelaras Pembangunan SPK serta mengurus respositori profil Kerjaya dan Kompetensi Personel ICT;
    6. Merancang, menyelaras dan melaksanakan libat urus Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat bersama Ketua Perkhidmatan Sistem Maklumat; dan
    7. Menyelaras dan menyediakan ulasan pengukuhan struktur organisasi ICT Kementerian/agensi.

Seksyen Pembangunan Kompetensi  Perkhidmatan Sistem Maklumat (SPKP)

    1. Merancang, mengurus dan membangun Program Pembangunan Sumber Manusia Perkhidmatan Sistem Maklumat Sektor Awam;
    2. Merancang, mengurus, membangun dan memantau Pelan Pembangunan Kompetensi Perkhidmatan Sistem Maklumat Sektor Awam;
    3. Merancang, mengurus, membangun dan memantau Pelan Latihan Perkhidmatan Sistem Maklumat Sektor Awam;
    4. Merancang, mengurus dan melaksana program pembangunan kompetensi teknikal ICT dan generik/insaniah bagi Perkhidmatan Sistem Maklumat Sektor Awam; 
    5. Merancang, mengurus dan melaksana Program Pensijilan Profesional ICT Perkhidmatan Sistem Maklumat Sektor Awam;
    6. Merancang, mengurus, membangun dan memantau program penempatan khas melalui kolaborasi strategik bagi Perkhidmatan Sistem Maklumat Sektor Awam; dan
    7. Menyelaras dan mengkoordinasi program penajaan dan latihan anjuran agensi luar bagi Perkhidmatan Sistem Maklumat Sektor Awam.

Seksyen Kolaboratif Strategik ICT Sektor Awam (SKSI)

    1. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana platform kolaboratif perkongsian idea dan inisiatif pendigitalan kepada Chief Digital Officer (CDO) Sektor Awam;
    2. Merancang, mengurus dan melaksana keurusetiaan Mesyuarat Pengurus ICT Sektor Awam;
    3. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana libat urus pengurusan kepimpinan strategik bersama agensi sektor awam;
    4. Mengurus dan menyelaras pemantapan pengurusan pemimpin digital  sektor awam; 
    5. Mengurus dan menyelaras repositori maklumat pemimpin digital sektor awam melalui Sistem Pemimpin Digital (DigiLead).
    6. Mengurus,memantau dan melaporkan pelaksanaan program-program Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Projek ICT (KWAICT) kepada Jawatankuasa Teknikal Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Projek ICT Sektor Awam (JTKWAICT); dan
    7. Merancang dan mengurussetiakan mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Projek ICT (JPPI) dan Jawatankuasa Teknikal Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Projek ICT Sektor Awam (JTKWAICT);

Seksyen MyDIGITAL Kluster Kerajaan (SMKK)

    1. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana Mesyuarat Kerajaan Digital;
    2. Mengurus, menyelaras dan memantau pelaksanaan inisiatif dan program di bawah Kluster Data dan Kerajaan Digital bagi Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (RTEDM) dan Dasar 4IR Negara (D4IRN);
    3. Mengurus dan menyelaras input strategik Kluster Data dan Kerajaan Digital bagi Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Majlis Ekonomi Digital & 4IR Negara (JKP MED4IRN) dan Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital & 4IR Negara (MED4IRN);
    4. Menyelaras penglibatan JDN dalam inisiatif kluster MyDIGITAL; 
    5. Melaksanakan kerjasama strategik dengan MyDIGITAL Corporation bagi program MyDIGITAL melibatkan Kluster Data dan Kerajaan Digital;
    6. Memantau, menganalisa dan melaporkan pelaksanaan projek ICT agensi Sektor Awam kepada pengurusan tertinggi sektor awam;
    7. Merancang, mengurus, menyelaras, dan melaksana intervensi ke atas projek-projek ICT Sektor Awam yang bermasalah; dan
    8. Melaksanakan perancangan, pengurusan, pelarasan dan memantau program penarafan indeks perkhidmatan dalam talian kerajaan bagi menyokong agenda pendigitalan negara.

 

 

  1.