Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang menyelaras permohonan Biasiswa Kerajaan Jepun 2027 (Monbukagakusho: MEXT) bagi pengajian peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berikut:
a. Humanities and Social Sciences; danSehubungan dengan itu, Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang berminat dan berkelayakan boleh mengemukakan permohonan dengan melengkapkan borang secara dalam talian melalui portal https://penajaan.jpa.gov.my bermula 16 Mac 2026 hingga 10 April 2026. Bersama-bersama ini dikemukakan dokumen di lampiran untuk rujukan dan perhatian YBrs. Ts. Dr./Dr./Ts./Tuan/Puan seperti berikut:
a. Lampiran 1 & 2: Syarat-syarat dan Tatacara Permohonan; danDokumen yang perlu disertakan bagi permohonan ini adalah seperti berikut:
a. borang Permohonan lengkap dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Jepun;
b. dokumen Ijazah Pertama dan Sarjana (bagi calon Ph.D) yang asal atau salinan yang disahkan – Skrol dan transkrip rasmi dalam
Bahasa Inggeris/Bahasa Jepun sahaja bersama-sama lampiran Sistem Penggredan/Permarkahan berkaitan;
c. salinan Senarai Tugas/Job Description (JD) dalam Bahasa Inggeris;
d. salinan Kad Pengenalan;
e. salinan surat akuan pinjaman pendidikan (rujuk Lampiran 3); dan
f. salinan surat pengisytiharan harta.
5. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun, dicetak dan ditandatangani oleh pemohon serta mendapat perakuan Ketua Jabatan. Salinan tersebut TIDAK DIKETIP/DIJILID tetapi hanya DIKLIP sahaja. Sila kemukakan dua (2) dokumen yang lengkap (1 salinan asal dan 1 salinan fotokopi) tersebut berserta dokumen wajib yang telah disahkan kepada urus setia selewat-lewatnya sebelum atau pada 9 April 2026 (Khamis) jam 12 tengah hari kepada:
Bahagian Khidmat Pengurusan
Jabatan Digital Negara
Aras 4, Blok D, MKN Embassy Techzone
Jalan Teknokrat 2
63000 Cyberjaya
(u.p: Subseksyen Latihan)
Puan Noor Addillah binti Shueef
addilah.shueef@jdn.gov.my
Puan Nur Syafiqah Aziera binti Nazahar
syafiqahaziera@jdn.gov.my
Perhatian dan kerjasama YBrs. Ts. Dr./Dr./Ts./tuan/puan dalam perkara ini adalah dihargai.
Sekian, terima kasih.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
Subseksyen Latihan
Seksyen Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan
Jabatan Digital Negara
Kementerian Digital
Aras 4, Skytech Tower 2
Jalan Teknokrat
63000 CYBERJAYA
03-9078 5988 samb.236
unitlatihan@jdn.gov.my
www.jdn.gov.my
#digitalfirst
–NOTIS IKLAN MEXT POSTGRAD 2027
-LAMPIRAN 1 & 2 – SYARAT DAN TATACARA PERMOHONAN
–LAMPIRAN 3 – SURAT AKAUN PINJAMAN PENDIDIKAN