Transformasi Digital: Malaysia di Persada Ekonomi Digital Dunia
Pasukan Digital Sektor
Objektif Pasukan Digital Sektor ditubuhkan bagi memperkasa inisiatif pendigitalan berasaskan konsep keseluruhan kerajaan atau Whole of Government (WoG) melalui pendekatan Government Technology (GovTech) yang diadaptasi daripada GovTech World Bank.
Punca Kuasa penubuhan pasukan adalah melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemodenan dan MyDigital Kluster Kerajaan Bilangan 1 Tahun 2024 pada 27 November 2024 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara.
Medium pelaksanaan, pemantauan serta perbincangan perkara-perkara berbangkit adalah melalui Mesyuarat Penyelarasan Sektor Inisiatif Digital Kerajaan. Tadbir urus serta keahlian Pasukan Digital Sektor adalah seperti rajah di bawah.
Ketua Sektor dilantik melalui Mesyuarat Penentuan Ketua Sektor Bagi Inisiatif Digital Kerajaan pada 6 Januari 2025 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Senarai penuh Ketua Sektor adalah seperti jadual di bawah.
Terma Rujukan yang ditetapkan adalah melaksanakan fungsi dan peranan Pasukan Digital Sektor seperti berikut:
I. Menerajui pendigitalan sektor melalui penyelarasan dan pemantauan inisiatif digital kerajaan.
II. Merancang pendigitalan perkhidmatan bersepadu melalui pendekatan keseluruhan kerajaan (Whole of Government – WoG) bagi mengelakkan pertindihan inisiatif digital.
III. Memastikan reka bentuk perkhidmatan kerajaan dibangunkan berdasarkan Panduan Reka Bentuk Perkhidmatan Digital Kerajaan (Service Design).
IV. Memastikan pelaksanaan perkongsian data merentas agensi sektor awam bagi merealisasikan penyampaian perkhidmatan digital berpacukan data.
V. Mengoptimumkan sumber dan kos inisiatif digital melalui penggunaan platform dan infrastruktur digital berpusat dalam projek ICT/digital.
VI. Meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan pengurusan pentadbiran kerajaan yang lebih berintegriti.
VII. Membangun keupayaan dan kemahiran digital semua pegawai di agensi.
Pendigitalan Perkhidmatan yang berteraskan kluster perkhidmatan mengikut sektor seperti berikut:
Untuk mengemukakan Kertas Cadangan Inisiatif Pendigitalan Sektor Awam bagi projek ICT, kementerian/agensi boleh merujuk kepada fungsi perkhidmatan agensi mengikut sektor berdasarkan kepada penerangan berikut:
Senario 1: Agensi dan fungsi perkhidmatan di bawah sektor yang sama
Kementerian Perdagangan, Pelaburan dan Industri (MITI) adalah agensi di bawah Sektor Ekonomi. Manakala inisiatif pendigitalan dalam Pengurusan Pemberian Geran Perniagaan yang diterajui oleh MITI juga merupakan inisiatif di bawah Sektor Ekonomi.
Senario 2: Fungsi perkhidmatan di bawah agensi yang sama terlibat dalam sektor berbeza
Fungsi perkhidmatan Kementerian kewangan berkaitan percukaian adalah di bawah Sektor Ekonomi. Manakala fungsi perkhidmatan pengurusan kewangan dan akaun adalah di bawah Sektor Pentadbiran Awam.
Senario 3: Fungsi perkhidmatan agensi persekutuan yang mempunyai interaksi (perkongsian data dan seamless services) dengan negeri
Fungsi perkhidmatan pengurusan keluarga Islam yang melibatkan agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri dan agensi negeri merupakan inisiatif Sektor Pentadbiran Awam. Bagi melaksanakan pendigitalan yang melibatkan kuasa kerajaan negeri, JAKIM merupakan peneraju inisiatif ini di bawah Sektor Pentadbiran Awam.
Senario 4: Fungsi perkhidmatan di bawah agensi yang sama terlibat dalam pelbagai sektor Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT yang menyelaras fungsi perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan adalah agensi di bawah Sektor Infrastruktur.
a. fungsi perkhidmatan berkaitan pengurusan kewangan dan akaun di PBT adalah di bawah Sektor Pentadbiran Awam.
b. fungsi perkhidmatan berkaitan pelesenan dan kawalan perniagaan adalah di bawah Sektor Ekonomi.
c. fungsi perkhidmatan berkaitan pembangunan dan pengurusan landskap adalah di bawah Sektor Infrastruktur.
d. fungsi perkhidmatan kawalan kesihatan dan persekitaran adalah di bawah Sektor Sosial 1 (Masyarakat).
e. fungsi perkhidmatan kawalan keselamatan penduduk adalah di bawah Sektor Keselamatan.
Penentuan domain perkhidmatan berasaskan operasi dan perkhidmatan yang diberikan oleh organisasi kepada penerima atau kumpulan sasar. Perkhidmatan utama kementerian/agensi boleh dikumpulkan kepada beberapa domain yang sama meliputi perkhidmatan yang disediakan oleh agensi pusat, agensi persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan. Pemilihan domain perkhidmatan boleh berpandukan kepada Kategori Perkhidmatan (Business Category) dalam Perkhidmatan Awam, seperti yang terkandun dalam panduan Business Reference Model (BRM MyGovEA). Pendekatan ini menggalakkan agensi/kementerian berkolaborasi sebagai satu unit berdasarkan domain perkhidmatan yang sama selaras dengan inisiatif dan strategi Kerajaan Digital Malaysia. Selain itu, pendekatan ini juga mampu mempertingkatkan cara baharu operasi perkhidmatan yang ditawarkan oleh kerajaan.
Perkhidmatan dipetakan kepada empat kumpulan sasar iaitu perkhidmatan kepada kepada rakyat (Government to Citizen – G2C) kepada komuniti perniagaan (Government to Business – G2B), antara agensi kerajaan (Government to Government-G2G) dan kepada penjawat awam (Government to Employee – G2E).
Kitaran hayat perkhidmatan oleh kerajaan dari mula hingga akhir kitaran hayat di reka bentuk dengan mengenal pasti peristiwa yang merupakan touch point kepada rakyat. Kitaran hayat perkhidmatan berteraskan empat kategori utama kumpulan sasar iaitu berfokuskan rakyat, komuniti perniagaan, agensi kerajaan, dan penjawat awam. Gambaran penetapan kitaran hayat mengikut kumpulan sasar seperti rajah di bawah.
Pendekatan WoG adalah penting untuk memastikan pendigitalan tidak dilakukan secara silo, tetapi dikoordinasikan bagi membolehkan perkongsian data dan penyampaian perkhidmatan yang bersepadu merentas sektor.
Gambaran Pendigitalan Sektor Sosial (Masyarakat), mempamerkan perkhidmatan digital yang bertujuan untuk kesejahteraan rakyat dan pembangunan sosial. Ia menyerlahkan platform dan sistem yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan (MySejahtera, EMR), bantuan sosial (eBantuan JKM), dan penglibatan komuniti. Perkhidmatan WoG membolehkan pendekatan yang lebih holistik terhadap perkhidmatan sosial, membolehkan agensi berkongsi data dan menyelaraskan sokongan untuk rakyat merentasi keperluan dan peristiwa kehidupan yang berbeza. Ini boleh membawa kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan dan berpusatkan rakyat.
Gambaran Pendigitalan Sektor Sosial (Bakat), melibatkan pengurusan bakat, pendidikan, dan pekerjaan. Ia menjelaskan platform digital untuk pembelajaran (DELIMa), pembangunan kemahiran, dan padanan pekerjaan (MyFutureJobs). Perkhidmatan WoG memudahkan penyelarasan yang lebih baik antara institusi pendidikan, penyedia latihan, dan majikan, memastikan ekosistem bakat yang lebih selaras dan cekap. Ini dapat meningkatkan kesediaan tenaga kerja dan peluang pembangunan kerjaya.
Gambaran Pendigitalan Sektor Ekonomi memperincikan pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi kerajaan kepada komuniti perniagaan. Penggunaan platform digital (contohnya, MalaysiaBiz, EzBIZ) dan repositori data untuk menyokong aktiviti perniagaan. Perkhidmatan WoG penting untuk mewujudkan senario pengalaman pelanggan yang lancar bagi perniagaan, membolehkan mereka berinteraksi dengan agensi yang berbeza melalui sistem yang bersepadu dan tidak berasingan. Faedah langsung kepada kecekapan yang lebih tinggi dalam pendaftaran perniagaan, permohonan permit, dan interaksi kawal selia yang lain.
Gambaran Pendigitalan Sektor Keselamatan, memberi fokus kepada sistem digital untuk penguatkuasaan undang- undang (e-Kehakiman), imigresen (MyIMMs) dan pengurusan bencana. Perkhidmatan WoG adalah penting untuk perkongsian maklumat dan penyelarasan yang berkesan antara agensi keselamatan, meningkatkan keselamatan awam dan keselamatan negara.
Sebanyak tiga inisiatif telah dikenal pasti di bawah sektor keselamatan iaitu kesiapsiagaan Pengurusan Pra, Semasa dan Pasca Bencana, Meningkatkan Keselamatan Kawalan Sempadan Bersepadu dan Memelihara Keselamatan dan Ketenteraman Awam.
Gambaran Pendigitalan Sektor Infrastruktur memberi tumpuan kepada perkhidmatan oleh agensi kerajaan yang menyediakan perkhidmatan pembangunan fizikal untuk meningkatkan taraf hidup serta kesejahteraan rakyat. Perkhidmatan WoG adalah penting untuk menyepadukan perancangan dan pengurusan infrastruktur merentas pelbagai peringkat kerajaan dan agensi, yang membawa kepada pembangunan dan penyediaan perkhidmatan yang lebih cekap.
Gambaran Pendigitalan Sektor Pentadbiran Awam memberikan fokus kepada pendigitalan operasi dalaman kerajaadan fungsi pentadbiran. Ekosistem Perkhidmatan Sektor Pentadbiran Awam secara amnya merujuk kepada perkhidmatan yang disediakan oleh kementerian dan jabatan kerajaan serta perkhidmatan yang disediakan oleh entiti-entiti lain yang terletak di bawah kawalan kementerian/jabatan tertentu kepada kumpulan sasar. Bentuk perkhidmatan yang disediakan melibatkan perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan kepada organisasi kerajaan yang lain (government togovernment (G2G)) dan perkhidmatan kerajaan kepada penjawat awam (government to employee (G2E)).
Jabatan Digital Negara
Aras 1-6,
Bangunan MKN Embassy Techzone
Blok B, No. 3200
Jalan Teknokrat 2
63000 Cyberjaya, Sepang
Selangor Darul Ehsan
Tel : 603-8000 8000
E-mel: webmasterjdn@jdn.gov.my
Pelawat Hari Ini : 163
Jumlah Pelawat : 117106
Jumlah Capaian : 907137
Laman ini sesuai dipapar mengunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768