Sesi Latihan HPE Simplivity & Rapid DR Operation 7 Januari 2026 untuk Pegawai PDSA dan Perunding Pusat Data

Sesi Latihan HPE Simplivity & Rapid DR Operation 7 Januari 2026 Untuk Pegawai PDSA Dan Perunding Pusat Data

Seksyen Pengkomputeran Awan Pusat Data Sektor Awam, BPG telah berjaya menganjurkan sesi latihan HPE Simplivity & Rapid DR Operation yang telah diadakan pada 7 Januari 2026 bertempat di ibu pejabat HPE di IOI Resort City Putrajaya.

Objektif utama latihan ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam pembangunan pusat data active-active melalui teknologi HPE bagi memastikan  ketersediaan aplikasi kritikal kerajaan di Pusat Data Sektor Awam di tahap yang optimum dan kesinambungan penyampaian perkhidmatan kerajaan terjamin.

Sesi latihan ini dihadiri oleh semua pegawai PDSA seramai 24 orang  dan wakil perunding seramai 3 orang yang terdiri daripada wakil Pusat Data, Rangkaian dan Keselamatan.

Skip to content