Bahasa Malaysia

Bahasa Inggeris

JDN-header-logo-ms
110-1.png
Perlukan bantuan? Chat dengan AI@JDN

Hebahan Pencapaian: Pengekalan Pensijilan ISO/IEC 27001:2022 (ISMS) Bagi Perkhidmatan PDSA, MyGPKI Dan MyGovUC

isms-jdn

Bahagian Pembangunan Perkhidmatan Gunasama Infrastruktur dan Keselamatan Digital (BPG), Jabatan Digital Negara (JDN) telah mengekalkan prestasi cemerlang dalam Audit Pemantauan Information Security Management System (ISMS) oleh SIRIM bagi pensijilan antarabangsa ISO/IEC 27001:2022 yang berlangsung dari 3 hingga 5 Ogos 2026.

Skop pensijilan ini merangkumi pengurusan operasi perkhidmatan utama JDN iaitu Pengoperasian Pusat Data Sektor Awam (PDSA), Perkhidmatan Prasarana Kunci Awam Kerajaan (MyGPKI) dan Perkhidmatan E-mel MyGovUC.

Pengarah BPG, Puan Hamidah binti Mat Saat @ Abas, turut merakamkan jutaan terima kasih kepada barisan juruaudit SIRIM dan seluruh warga kerja BPG atas komitmen dan kerjasama padu yang diberikan. Usaha penambahbaikan berterusan akan sentiasa dilaksanakan bagi memastikan sistem pengurusan keselamatan maklumat kekal berkesan dan memenuhi keperluan standard antarabangsa!

Syabas BPG, JDN!