Bahasa Malaysia

Bahasa Inggeris

JDN-header-logo-ms
110-1.png
Perlukan bantuan? Chat dengan AI@JDN


Akta Perkongsian Data 2025 [Akta 864]

Suatu akta untuk memperuntukkan perkongsian data dalam kawalan sesuatu agensi sektor awam dengan agensi sektor awam lain, penubuhan Jawatankuasa Perkongsian Data Negara, fungsi dan kuasa Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara berhubung dengan perkongsian data dan perkara lain yang berkaitan.

Digital Flip Book Akta Perkongsian Data

Soalan Lazim Akta Perkongsian Data 2025 [Akta 864]

 Persoalan yang sering dikemukakan mengenai
Akta Perkongsian Data 2025 [Akta 864]

Apakah objektif Penggubalan Akta 864?
  1. Memberi satu punca kuasa undang-undang yang jelas untuk mengawal selia dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan perkongsian data
  2. Menambah baik keberkesanan pelaksanaan dan pengurusan perkongsian data di agensi (penerima dan pembekal data lebih harmoni dan efisyen)
  3. Mewujudkan struktur tadbir urus perkongsian data yang lebih sistematik dan fokus di dalam ekosistem perkongsian data

Akta ini telah disiar warta pada 20 Februari 2025

Akta ini telah dikuatkuasa pada 28 April 2025

Akta ini terpakai kepada Kerajaan Persekutuan

Jawatankuasa ditubuhkan di bawah Akta Perkongsian Data 2025 [Akta 864], Bahagian II, Seksyen 5.

Subseksyen 6(1), Akta 864 memperuntukkan mengenai Fungsi Jawatankuasa seperti yang berikut:

1.       Membuat dasar dan strategi yang berhubungan dengan perkongsian data di bawah Akta Perkongsian Data 2025 [Akta 864];
2.      Menyelia pelaksanaan yang berkesan Akta 864;
3.     mengambil atau mengesyorkan langkah atau tindakan pentadbiran yang sesuai bagi menyelesaikan kesulitan atau isu                        pentadbiran yang timbul semasa pelaksanaan Akta 864;
4.     Membuat dasar yang berhubungan dengan pangkalan data bagi maksud perkongsian data di bawah Akta 864; dan
5.     Melakukan apa-apa perkara lain yang timbul atau berbangkit daripada fungsi Jawatankuasa di bawah Akta 864.

 

Anggota Jawatankuasa dilantik oleh Yang Berhormat Menteri Digital sebagaimana peruntukan subseksyen 5(3) Akta 864.

Agensi boleh merujuk kepada JPDN melalui Ketua Pengarah JDN sekiranya berlaku sebarang kesulitan atau isu pentadbiran yang timbul semasa pelaksanaan Akta 864.

Peruntukan subseksyen 5(2), Akta 864 memperincikan keanggotaan Jawatankuasa seperti yang berikut:

  • Pengerusi:  Ketua Setiausaha Kementerian Digital;
  • Timbalan Pengerusi:  Anggota Jawatankuasa yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi;
  • Setiausaha:  Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara;
  • Wakil yang dilantik dari setiap kementerian;
  • Wakil Jabatan Perdana Menteri;
  • Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan;
  • Wakil Agensi Keselamatan Siber Negara; dan
  • Wakil Jabatan Perlindungan Data Peribadi.

Skop perkongsian data menurut Akta 864 hanya meliputi perkongsian data dalam kawalan agensi Kerajaan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan menurut undang-undang Persekutuan selaras dengan Fasal (1) Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan di mana Parlimen mempunyai punca kuasa penggubalan Akta Perkongsian Data di bawah butiran enam (6), Senarai Persekutuan, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan berkenaan dengan Jentera Kerajaan Persekutuan. 

Keanggotaan Jawatankuasa telah diperincikan sebagaimana peruntukan subseksyen 5(2) Akta 864.

Jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa bagi menasihati Jawatankuasa mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan.

Seksyen 10 Akta 864 memperuntukkan Jawatankuasa ini boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil seperti yang berikut:

  1. Jawatankuasa ini boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa kecil sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantu Jawatankuasa dalam pelaksanaan fungsinya.
  2. Jawatankuasa boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa kecil yang ditubuhkan.
  3. Jawatankuasa boleh melantik mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi jawatankuasa kecil yang ditubuhkan.
  4. Jawatankuasa kecil adalah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan oleh Jawatankuasa.
  5. Jawatankuasa kecil hendaklah bermesyuarat pada masa, di tempat dan mengikut cara sebagaimana yang boleh ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa kecil itu.
  6. Jawatankuasa kecil boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat jawatankuasa kecil bagi menasihati jawatankuasa kecil mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan.
  7. Jawatankuasa kecil boleh menentukan tatacaranya sendiri.

Seksyen 10 Akta 864 memperuntukkan penubuhan Jawatankuasa Kecil oleh JPDN. Jawatankuasa kecil ditubuhkan bagi menangani isu khusus, bidang yang memerlukan kepakaran tertentu, perhatian terperinci atau pengurusan teknikal. Ini membolehkan tumpuan yang lebih mendalam, mempercepatkan proses membuat keputusan dan melibatkan pakar luar untuk membantu Jawatankuasa dalam pelaksanaan fungsinya.

Permintaan perkongsian data mesti mengandungi butiran data yang diminta, tujuan perkongsian yang jelas (mengikut Seksyen 13 Akta 864), identiti agensi pembekal dan penerima, serta kaedah pengendalian data (penerimaan, penyimpanan, penggunaan, pengarkiban, dan pemusnahan).

Maklum balas (lulus, lulus bersyarat, atau tolak) hendaklah diberikan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan. Sekiranya memerlukan masa tambahan, agensi pembekal perlu memaklumkan justifikasi dan tempoh pelanjutan secara rasmi kepada agensi pemohon.

Agensi boleh merujuk kesulitan pentadbiran tersebut kepada Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara (JDN) untuk penyelarasan awal, atau diangkat kepada Jawatankuasa Perkongsian Data Negara (JPDN) sekiranya tiada konsensus.

Boleh, tetapi wajib mendapat persetujuan bertulis daripada agensi pembekal data terlebih dahulu dan pihak ketiga tertakluk kepada kewajipan menjaga keselamatan serta kerahsiaan data.

Urusan perkongsian data dikendalikan oleh Pegawai Penyelaras Perkongsian Data (PPPD) yang dilantik oleh Ketua Jabatan agensi masing-masing.

Tidak. Pemakaian Akta 864 terhad kepada Agensi Sektor Awam Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan sahaja.

Boleh, namun perkongsian tersebut dilaksanakan berdasarkan undang-undang bertulis sedia ada, kelulusan pemilik data, serta terikat dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Pihak Kerajaan Negeri atau PBT masih boleh mengemukakan permintaan data kepada Agensi Sektor Awam Persekutuan. Permintaan tersebut hendaklah dibuat secara rasmi kepada agensi pemilik atau pembekal data dan tertakluk kepada pertimbangan, kelulusan serta keperluan perundangan dan tadbir urus agensi pembekal data. Agensi Sektor Awam Persekutuan disarankan supaya memastikan permintaan data daripada pihak luar disokong dengan dokumen perundangan yang bersesuaian, seperti perjanjian, kontrak atau Memorandum Persefahaman (MoU).

 

Meskipun tidak terikat dengan Akta 864, pihak Kerajaan Negeri dan PBT dibenarkan dan amat digalakkan untuk menggunakan platform MyGDX (Malaysian Government Central Data Exchange) yang disediakan oleh JDN untuk melaksanakan perkongsian data elektronik secara selamat menggunakan Application Programming Interface (API). Penggunaan platform MyGDX ini terbuka kepada Agensi Sektor Awam Persekutuan, Kerajaan Negeri, dan PBT.

Tidak. Akta 864 hendaklah dibaca bersama-sama undang-undang bertulis lain yang membenarkan perkongsian data. Peruntukan Akta 864 adalah tambahan dan tidak mengurangkan peruntukan undang-undang bertulis lain yang berkaitan.

Akta 864 memberi kerangka bagi perkongsian data antara agensi sektor awam, termasuk keperluan keselamatan, privasi, tujuan penggunaan dan kawalan terhadap pihak ketiga. Akta 709 pula mengawal pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial oleh pihak yang tertakluk kepadanya. Oleh itu, kedua-dua undang-undang perlu dilihat berdasarkan peranan pihak, jenis pemprosesan dan skop pemakaian masing-masing.

Akta 864 memberi kerangka bagi perkongsian data dalam kawalan agensi sektor awam dengan agensi sektor awam yang lain, termasuk tujuan perkongsian, proses permintaan, penilaian, syarat, keselamatan dan kawalan terhadap pihak ketiga.

Akta 709 pula mengawal pemprosesan data peribadi berhubung dengan transaksi komersial oleh pihak yang tertakluk kepada Akta tersebut.

Ia perlu dilihat berdasarkan peranan dan skop pemakaian setiap undang-undang. Perkongsian oleh agensi sektor awam perlu mematuhi Akta 864, termasuk keperluan mendapatkan persetujuan pembekal data jika pihak ketiga menjalankan pemindahan, integrasi atau kerja analitik. Jika syarikat swasta tersebut memproses data peribadi dalam transaksi komersial dan berada dalam skop Akta 709, kehendak Akta 709 juga perlu dipatuhi oleh pihak tersebut.

Tidak. Akta 864 hendaklah dibaca bersama-sama undang-undang bertulis lain yang membenarkan perkongsian data. Peruntukan Akta 864 adalah tambahan dan tidak mengurangkan peruntukan undang-undang bertulis lain yang berkaitan.


Sebarang pertanyaan berkenaan Akta Perkongsian Data 2025 [Akta 864] boleh hubungi:

Seksyen Perkongsian Data dan Kawal Selia (SPDK)
Bahagian Kerajaan Digital
Jabatan Digital Negara
skspd@jdn.gov.my