GovChat merupakan sebuah aplikasi pemesejan yang selamat untuk pegawai Kerajaan. GovChat membolehkan penjawat awam berkomunikasi, berkongsi dokumen, dan bekerjasama dalam persekitaran digital yang dilindungi dan mematuhi piawaian keselamatan maklumat kerajaan.
GovChat disediakan dalam dua versi iaitu versi web dan versi aplikasi mudah alih (mobile apps). Versi web boleh dilayari melalui https://gc.jdn.gov.my.
Aplikasi GovChat juga merupakan salah satu inisiatif di bawah Teras 2 dan Teras 7 Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021 – 2025 yang mampu meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan digital agensi sektor awam melalui adaptasi emerging technologies.
Cadangan pembangunan GovChat dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemodenan dan Pendigitalan Sektor Awam (JPPSA) Bil. 1/2020 pada 16 Julai 2020 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara bersetuju dengan cadangan MAMPU yang kini dikenali sebagai JDN bagi membangunkan satu aplikasi pemesejan sebagai medium komunikasi Kerajaan yang dikenali sebagai GovChat.
Surat Arahan Ketua Pengarah (SAKP) MAMPU Bilangan 1 Tahun 2022: Garis Panduan Pelaksanaan Aplikasi Pemesejan Segera GovChat Di Agensi Sektor Awam juga telah diterbitkan pada 31 Januari 2022 bertujuan menjelaskan pelaksanaan aplikasi pemesejan segera GovChat seperti sebagai rujukan kepada agensi sektor awam.
Aplikasi mudah alih GovChat disediakan untuk platform Android dan platform iOS. Aplikasi mudah alih boleh dimuat turun dari Portal Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA) di pautan berikut:
Manual Pengguna GovChat Versi Mobile (BM)
Manual Pengguna GovChat Versi Web (BM)
E-mel : helpdeskbpa@jdn.gov.my