JDN menyediakan Khidmat Perundingan Keselamatan ICT bagi memantapkan lagi perlindungan keselamatan dan pembangunan infrastruktur ICT Kerajaan. JDN menyediakan kemudahan khidmat perunding mengenai isu-isu keselamatan ICT seperti berita, artikel, advisories dan tools yang terkini, penemuan dan pengendalian insiden serta penyediaan dasar dan pengurusan keselamatan ICT.
Secara umumnya Khidmat Perundingan Keselamatan ICT meliputi :
Pemudah cara di dalam mana-mana bengkel, kursus atau seminar mengenai keselamatan ICT;
Menyediakan pandangan secara bertulis atau dalam talian mengenai isu keselamatan ICT
Mewujudkan forum dan buletin perbincangan secara elektronik melalui laman khas Portal Keselamatan ICTÂ Kerajaan (GSWP)
Maklumat Lanjut:
Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara Aras 1-6, Bangunan MKN Embassy Techzone, Blok B, No.3200 Jalan Teknokrat 2 63000 Cyberjaya, Sepang Selangor Darul Ehsan