Bahasa Malaysia

Bahasa Inggeris

Bengkel Pembangunan Pelan Kerjaya Dan Kompetensi Perkhidmatan Sistem Maklumat 2026–2030

Bengkel Pembangunan Pelan Kerjaya Dan Kompetensi Perkhidmatan Sistem Maklumat 2026–2030

Seksyen Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur Digital (BSA), Jabatan Digital Negara (JDN) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Pelan Kerjaya Dan Kompetensi Perkhidmatan Sistem Maklumat 2026 – 2030 pada 10 dan 11 Februari 2026 bertempat di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya Selangor. Program ini telah disertai seramai 50 orang pegawai yang terdiri daripada Perunding ICT, Pengurus ICT Kementerian yang terpilih, Wakil Persatuan dan Kesatuan Perkhidmatan Sistem Maklumat iaitu Juruanalisa Sistem (PERJASA), Kesatuan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (KPPTM) dan Kesatuan Perkhidmatan Juruteknik Komputer (CTSU) serta wakil pegawai bahagian di JDN.

YBrs. Timbalan Ketua Pengarah II JDN, YBrs. Encik Mohd Zamri bin Selamat telah menyampaikan kata aluan sempena bengkel ini. Majlis seterusnya telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Azlinda binti Mohd Jan yang turut menyampaikan ucapan penutup sebagai penutup rasmi bengkel.

Bengkel Pembangunan Pelan Kerjaya dan Kompetensi Perkhidmatan Sistem Maklumat 2026–2030 ini diadakan bagi merangka Pelan Kerjaya dan Kompetensi Pegawai Perkhidmatan Sistem Maklumat untuk tempoh lima tahun secara jelas, tersusun dan komprehensif. Perancangan ini merangkumi aspek pengurusan serta pembangunan sumber manusia dalam Perkhidmatan Sistem Maklumat selaras dengan mandat baharu JDN yang meliputi penambahbaikan tatakelola ICT, pengukuhan GovTech, keperluan NCII serta peranan kawal selia data yang semakin mencabar dan dinamik.

Selain itu, bengkel ini turut membincangkan hala tuju strategik ke arah pembangunan modal insan digital yang menyokong pembangunan kerjaya dan peningkatan kompetensi bagi memastikan Pegawai Perkhidmatan Sistem Maklumat kekal kompeten, berprestasi tinggi dan bersedia memenuhi keperluan perkhidmatan serta cabaran semasa.

Pengisian bengkel ini diperkukuh melalui sesi perkongsian strategik yang memberi tumpuan kepada beberapa agenda utama antaranya hala tuju pembangunan Pelan Kerjaya dan Kompetensi Perkhidmatan Sistem Maklumat, Rancangan Pendigitalan Sektor Awam 2026–2030 serta perkongsian amalan terbaik pembangunan kerjaya dan kompetensi bagi klasifikasi perkhidmatan Jurutera.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada para peserta yang telah bersama-sama menjayakan bengkel ini. Tahniah dan terima kasih.

Skip to content