Bahasa Malaysia

Bahasa Inggeris

JDN-header-logo-ms
110-1.png
Perlukan bantuan? Chat dengan AI@JDN

Garis Panduan Pengadaptasian AI Sektor Awam

Objektif dan Tujuan Utama

  • Berfungsi sebagai dokumen strategik untuk memandu agensi sektor awam melaksanakan teknologi AI secara beretika, selamat, dan bertanggungjawab.
  • Bertujuan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat serta menyokong aspirasi Kerajaan Digital.
  • Memastikan penggunaan AI selaras dengan perundangan dan dasar nasional sedia ada.

Tujuh Prinsip Etika AI

Garis panduan ini mewajibkan pematuhan kepada tujuh prinsip utama bagi memelihara kepercayaan awam:

    • Privasi dan Keselamatan Data: Melindungi data sensitif dan peribadi.
    • Ketelusan: Memastikan proses keputusan AI boleh difahami dan dijelaskan.
    • Akauntabiliti: Menetapkan tanggungjawab jelas ke atas impak penggunaan AI.
    • Kesaksamaan: Mengelakkan bias dan diskriminasi dalam algoritma.
    • Keterangkuman: Memastikan AI boleh diakses oleh semua lapisan masyarakat.
    • Kebolehpercayaan dan Ketahanan: Sistem yang konsisten, tepat, dan selamat daripada ancaman.
    • Kelestarian: Mengambil kira impak alam sekitar dan kesejahteraan sosial jangka panjang.
Garis Panduan Pengadaptasian Kecerdasan Buatan (AI) Sektor Awam

Pengurusan Risiko AI

Pendekatan berasaskan risiko digunakan untuk mengkategorikan sistem AI kepada empat tahap:

  • Prohibited (Dilarang): Risiko yang tidak boleh diterima (contoh: social scoring).
  • High-risk (Berisiko Tinggi): Memerlukan kawalan ketat (contoh: penguatkuasaan undang-undang, kesihatan).
  • Limited-risk (Berisiko Terhad): Risiko rendah dengan impak minima (contoh: chatbot perkhidmatan).
  • Minimal-risk (Berisiko Minimum): Tiada impak signifikan (contoh: spam filter).

Keperluan Pengadaptasian dan Pelaksanaan

  • Menyediakan panduan langkah demi langkah bermula daripada penghasilan idea sehingga fasa go-live.
  • Menggariskan keperluan utama seperti sokongan kepimpinan, kualiti data, infrastruktur digital yang kukuh, pembangunan bakat, dan pengurusan perubahan.
  • Menetapkan peranan aktor AI yang jelas termasuk pembangun, pelaksana, pembuat dasar, dan pengguna.

Peranan Pasukan AI BPD (Bahagian Perundingan Digital)

  • Pakar Rujuk: Bertindak sebagai rujukan utama bagi agensi sektor awam berkaitan garis panduan dan etika AI.
  • Penasihat Strategik: Memberikan khidmat nasihat strategik untuk memastikan inisiatif AI agensi selaras dengan piawaian yang ditetapkan.
  • Saluran Rasmi: Boleh dihubungi melalui e-mel rasmi (aibpd@jdn.gov.my) untuk pertanyaan lanjut atau bantuan teknikal berkaitan adaptasi AI.

Akses Dokumen