Pengenalan
Kumpulan Bakat Digital mengikut Bidang Pengkhususan ICT merupakan inisiatif strategik Jabatan Digital Negara (JDN) dalam membangunkan kumpulan pegawai berpotensi tinggi daripada kalangan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F9 hingga F14 lantikan di bawah Ketua Perkhidmatan Sistem Maklumat yang berkhidmat di Kementerian dan agensi sektor awam. Inisiatif ini diwujudkan bagi memperkukuh pembangunan profesional, memperkasa modal insan digital serta menyokong kesinambungan laluan kerjaya Perkhidmatan Sistem Maklumat.
Pelaksanaan Kumpulan Bakat Digital mengikut Bidang Pengkhususan ICT ini berteraskan pendekatan pembangunan bakat yang memberi manfaat bersama kepada Kerajaan dan pegawai. Melalui penglibatan dalam inisiatif, projek dan program pendigitalan, kementerian dan agensi berpeluang memanfaatkan pengetahuan, kemahiran serta pengalaman pegawai mengikut keperluan organisasi. Pada masa yang sama pegawai memperoleh pendedahan yang lebih luas, pengalaman merentasi agensi serta peluang meningkatkan kompetensi dalam bidang pengkhususan ICT yang berkaitan.
Pengiktirafan sebagai anggota Kumpulan Bakat Digital mengikut Bidang Pengkhususan ICT diberikan oleh Ketua Perkhidmatan Sistem Maklumat berdasarkan hasil penilaian yang dilaksanakan melalui tadbir urus pembangunan kerjaya dan kompetensi Perkhidmatan Sistem Maklumat. Penilaian tersebut adalah berdasarkan elemen dan kriteria yang telah ditetapkan.
Pegawai yang diiktiraf sebagai anggota Kumpulan Bakat Digital boleh digerakkan untuk menyumbang kepakaran, pengalaman dan pengetahuan dalam pelaksanaan inisiatif, projek atau program pendigitalan sektor awam secara rentas kementerian dan agensi. Penglibatan ini bukan sahaja menyokong keperluan strategik Kerajaan malah menjadi platform pembangunan profesional yang memperkukuh kebolehan teknikal, kepimpinan, penyelesaian masalah dan keupayaan bekerja dalam persekitaran digital yang kompleks.
Keanggotaan dalam Kumpulan Bakat Digital turut menempatkan pegawai dalam sebuah komuniti profesional yang menghimpunkan bakat daripada bidang pengkhususan yang sama. Melalui komuniti ini pegawai berpeluang berkongsi pengetahuan dan pengalaman, membina jaringan profesional, memperoleh pendedahan merentasi fungsi dan agensi serta meningkatkan kemahiran melalui tugasan berimpak tinggi dan program pembangunan kompetensi. Pendekatan ini menyokong pembangunan kerjaya yang lebih terancang, progresif dan berasaskan kompetensi.
Objektif
Faedah dan Kebaikan
1. Bilangan bakat profesional yang kompeten mengikut Bidang Pengkhususan ICT dapat dipertingkatkan.
2. Projek ICT di kementerian/agensi dapat dilaksanakan dengan jayanya melalui kerjasama dengan Kumpulan Bakat Digital.
3. Pengurusan tenaga kerja dan kos projek ICT dapat dioptimumkan.
4. Mengurangkan kebergantungan kepada tenaga luar.
5. Kumpulan bakat profesional dan mahir menjadi rujukan kepada kementerian/agensi mengikut Bidang Pengkhususan ICT.
Terma Rujukan
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan berkenaan boleh dikemukakan kepada:
Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur Digital (BSA)
Blok B, Bangunan MKN Embassy Techzone,
No. 3200, Jalan Teknokrat 2,
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
E-mel : admin.bakatdigital@jdn.gov.my