Rancangan Pendigitalan Sektor Awam (RPSA) 2026 - 2030
Rancangan Pendigitalan Sektor Awam (RPSA) 2026 – 2030 merupakan rancangan menyeluruh yang mencorakkan hala tuju pendigitalan sektor awam untuk tempoh lima tahun. RPSA 2026 – 2030 adalah panduan kepada Ketua Jabatan dalam menyediakan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) semua agensi kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan. RPSA 2026-2030 menggalas tiga kepentingan utama dalam merealisasikan matlamat pendigitalan keseluruhan Kerajaan iaitu menyokong aspirasi Government Technology (GovTech) dan Keseluruhan Kerajaan (Whole-of-Government, WoG), menyumbang kepada matlamat Negara AI dan memangkin pembangunan fizikal dan kedaulatan data negara.
Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara Aras 1-6, Bangunan MKN Embassy Techzone, Blok B, No.3200 Jalan Teknokrat 2 63000 Cyberjaya, Sepang Selangor Darul Ehsan (u.p.: Pengarah, Bahagian Perundingan Digital)