Seksyen Penyelarasan Dasar Pendigitalan (Digital Policy Coordination Section)
Unit Penyelarasan Dasar
- Merancang, mengurus dan menyelaras dasar teknikal digital selaras dengan pembangunan digital negara dengan pihak berkepentingan.
- Mengkaji semula, menilai dan mengemukakan syor dasar teknikal digital untuk penambahbaikan dasar sedia ada selaras dengan perkembangan pendigitalan semasa.
- Membangun arahan dalaman berkaitan dasar bagi memudah cara pengurusan dasar.
- Menyelaras dan memantau pematuhan tata cara pekeliling berkaitan yang sedang berkuat kuasa.
Unit Hal-Ehwal Parlimen dan Perhubungan
- Mengurus, merancang, menyelaras perkara-perkara berkaitan dengan urusan hal-ehwal Parlimen.
- Menyelaras maklum balas dan input ke atas usul-usul yang diterima daripada Parlimen.
- Menyelaras jawapan bagi soalan Parlimen (Dewan Rakyat dan Dewan Negara).
- Menyelaras hebahan maklumat mengenai dasar pendigitalan kepada agensi Kerajaan.
- Mengurus repositori dasar Jabatan Digital Negara.
- Menyelaras Ulasan Teknikal bagi Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik [Akta 680].