Bahasa Malaysia

Bahasa Inggeris

JDN-header-logo-ms
110-1.png
Perlukan bantuan? Chat dengan AI@JDN

HEBAHAN URUSAN PERTIMBANGAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN SKIM PERKHIDMATAN SISTEM MAKLUMAT

        Dimaklumkan bahawa Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Jabatan Digital Negara akan melaksanakan urusan Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Pertama (TBK1) dan Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Kedua (TBK2) bagi kumpulan perkhidmatan seperti berikut:

         i.  Juruteknik Komputer Gred FT1 ke Gred FT2;
         ii. Juruteknik Komputer Gred FT2 ke Gred FT3;
        iii. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA5 ke Gred FA6; dan
        iv. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA6 ke Gred FA7.

       Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

        i.  Telah berkhidmat genap 13 tahun pada 30 Jun 2026 dan sebelum di gred lantikan atau di gred naik pangkat;
        ii. Layak dipertimbangkan berdasarkan syarat-syarat di Lampiran A; dan
       iii. Merujuk keputusan Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Kumpulan Pelaksana Jabatan Digital Negara Bilangan 1 Tahun 2024 
           bertarikh 12 Mac 2024 – Memastikan pegawai yang mempunyai isu tidak hadir bertugas tanpa kebenaran (THB) telah diambil tindakan sewajarnya.

        Dokumen permohonan yang telah lengkap seperti di Lampiran 1 hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 31 Julai 2026 (Jumaat) ke alamat berikut:

       Ketua Pengarah
       Jabatan Digital Negara
       Bahagian Khidmat Pengurusan
       Aras 2, Blok B
       Bangunan MKN Embassy Techzone
       No. 3200, Jalan Teknokrat 2
       63000 CYBERJAYA

       (u.p.: Urus Setia Naik Pangkat Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat)

        Hubungi kami :
      E-mel: naikpangkatf@jdn.gov.my
      No. tel: 03-9078 5999  samb. 242/ 237

    – LAMPIRAN A – Syarat-syarat TBK
    – LAMPIRAN 1 – Senarai Semak TBK 1
    – Borang Permohonan TBK1
    – LAMPIRAN 1 – Senarai Semak TBK 2
    – Borang Permohonan TBK2

    – Semakan Status Urusan Kenaikan Pangkat Secara Time-based Berasaskan Kecemerlangan (Link url: https://gqr.sh/dfEh